Assalamualaikum...
Malam tadi niatnya nak sambung lagi kisah percutian di Langkawi..tapi mata ni pantang betul nampak bantal, pukul 9 lebih dah rasa ngantuk...bila dah mengantuk, otak tak boleh berfikir lagi sebab dah tepu...hehe...
So hari ni kita sambung lagi yer...lepas dah dapat kereta, perkara pertama yang kami perlu buat ialah cari kedai makan...perut dah berbunyi sebab beum bfast apa-apa lagi...cari kedai melayu nak makan nasi lemak tapi semua kedai yang kami berhenti dah habis lauk...ada tu dah start jual nasi putih dengan bermacam-macam lauk..pada hal masa tu baru pukul 9 pagi kut...peliknya makan nasi putih pagi-pagi kan...tapi lain negeri lain lain cara pemakanan kan...siapa kita untuk pertikai itu semua....
Last-last tanpa buang masa kami berhenti kat sebuah kedai mamak area kuah makan roti canai...lupa plak nama kedai tu tapi roti dia sedap jugak...meja penuh tapi nasib baik ada tempat duduk...mat salleh pun pandai makan roti canai jugak...(^_^)
Dah habis makan kami pusing balik dari Kuah menuju ke Cabel Car berhampiran dengan Pantai Kok.....oh yer, lupa nak bagitau...masa berurusan sewa kereta, kami di beri map langkawi percuma untuk memudahkan perjalanan...memandangkan ini kali kedua kami datang ke Langkawi, jalan bukan lagi masalah sebab saya masih ingat sikit-sikitlah...map yang ada cuma sebagai rujukan untuk lebih confident...bak kata my husband, saya boleh jadi pemandu pelancong sebab terer bab jalan...hehe...*oh tidak...jangan riak...
Sampai-sampai kat parking, masih belum ramai lagi pelancong...maybe masih awal..saya datang awal sebab kalau boleh nak naik atas sebelum tengahari...teringat masa datang pertama kali dulu, naik ke atas waktu tengahari rasa macam matahari duk betul-betul atas kepala..kalau naik atas pagi-pagi cuaca sejuk baru syok nak bergambar kan...
Sebelum masuk dalam cari topi dulu...kata pun pelancong..topi harus ada..ops bukan untuk bergaya tapi untuk pakai waktu panas terik...hehe...oh yer, gara-gara tak fitting masa beli baju, ini lah padanhya...baju ku labuh dan besar....apa boleh buat, pakai jelah sebab nak matching dengan husband...huhu..
Sebelum sampai kat Cabel Car kaunter, kita akan masuk ke satu kawasan yang dikenali sebagai Oriental Village...kiranya Oriental Village ni macam pintu masuklah...apa yang menarik kat sini ianya dikelilingi dengan bangunan-bangunan cantik yang bewarna merah dan kuning, tasik, jambatan dan kedai-kedai seolah-olah kita berada di satu perkampungan moden...bergambar sket-sket je dulu sebab nak beratur beli tiket naik Cabel Car...
Tapi malangnya cuaca agak buruk di atas gunung sana..cabel car boleh naik tapi pelancong tak dibenarkan pergi ke sky bridge sebab licin baru lepas hujan...demi keselamatan, benda-benda macam ni harus di jaga sebelum terjadi apa-apa kan..even kalau angin kuat sket pun, cabel car takkan berjalan...boleh tengok dari bawah kabus agak tebal di atas gunung...so saya decide datang lain kali lah...rugi kalau naik tapi tak boleh pergi sky bridge....
Tanpa membuang masa, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Underwater World yang berada di Pantai Chenang...sebelum sampai singgah kat Pearl Habour Pantai Kok cuci mata tengok kapal mewah..tapi hujan plak turun...memang cuaca betul-betul tak bestlah hari tu...sampai kat Underwater World dah tengahari so apalagi kita lunch dulu lah sebelum masuk dalam...nama retoran lupa tapi ada ikan bakar..rasa makanan bolehlah...buat hilang kenyang....
Bayaran masuk untuk Malaysian RM 28 seorang...ini kali kedua jugak saya masuk dalam so tidaklah berapa excited seperti kali pertama...husbandlah yang excited sebab dia nak amik gambar...tak taulah kenapa tiba-tiba kan suka amik gambar...kenapa ek...(^_^)
First masuk boleh jumpa dengan cik penguin yang comel ni...jalannya terkedek-kedek...tapi kesian hidup tak bebas seperti kawan-kawan yang berada di luar sana...tak boleh berjemur di bawah cahaya matahari...menurut informasi, penguin-penguin di sini di ambil sendiri dari antartika oleh rombongan bekas PM kita, Tun Dr.Mahathir...
Dikenali sebagai African Penguin atau juga dipanggil Blackfooted Penguin...agaknya sebab kaki dia hitam kut..hehe...boleh dijumpai di luar pantai Southern Afrika...
Olor-olor...comelnya dia...tapi nak pegang mestilah tak boleh...tak tau tengah buat apa...tido ke atau berjemur....nama dia Rockchopper Penguin..tempat tinggal asalnya di kepulauan Sub-Antartika..
Tak dapat pergi antartika , snap gambar kat sini pun jadilah...gambar ni di ambil oleh jurufoto yang ada kat dalam tu..diaorang pandai buat bisnes...mereka dah siap sedia tunggu kita dengan kamera ."nanti kalau akak nak keluar boleh beli gambar ni kat kaunter..kalau taknak pun takpe..." ayat penting orang bisnes...tapi diaorang tolong amik jugaklah kalau kita nak guna kamera kita sendiri..takkan nak cakap tak boleh kan..:)
Sesiapa yang suka tengok hidupan bawah laut di sini lah tempatnya...memang cantik-cantik makhluk ciptaan Tuhan...
Alkisahnya stand kamera hilang then husband macam bengang sketlah...konon-kononya kecik hati lah sebab bukan sengaja kan...jalan-jalan seorang diri bawak hati yang lara...tiba-tiba dia datang pujuk ajak bergambar...jadilah hasil gambar macam ni...
Ohh...tiba-tiba masuk bahagian fosil teringat zaman belajar dulu...kena hafal setiap sampel dan nama fosil...Gastropod, Ammonite, Trilobite, Bivalve, Foraminifera dan macam-macam lagi nama pelik..itu tak termasuk mikrofosil dan fosil dinosour...
Ikan di mana-mana..atas, tepi, belakang, depan..kat bawah je takde...
Bila keluar nak gi kat parking kereta, lalu depan The Zone Duty Free Shopping Complex...tak masuk pun sebab dah tau dah..kata je duty free tapi harga mahal dari tempat biasa jugak...dah terkena masa kat johor dulu...baik shopping kat kuah nanti...
Jam dah menunjukkan pukul 3 lebih...so it's time to check-in hotel before we continue to our next destinantions...tunggu...(^_^)
No comments:
Post a Comment