16 March 2012

Azio Hotel Langkawi- Part 3

Assalamualaikum..

Sedar-sedar hari ni dah Jumaat yer...cepatnya masa berjalan..alhamdulillah, setiap pagi Jumaat dapat dengar dan kumpul ilmu dalam majlis tazkirah kat ofis...walaupun setengah jam sekurang-kurangnya setiap kali lepas dengar, ada jugak sedikit sebanyak  pengisian agama meresap ke dalam hati kan...alhamdulillah...

Berbalik pada kisah percutian hari ni saya nak sambung lagi lah cerita seterusnya...tadi sebenarnya bukak email terkejut sebab ada sorang pembaca setia hantar email katanya kecewa sebab saya tak update blog...hehe...terharu okey....jangan susah hati ek...masih banyak cerita dan entry yang akan saya publish lagi lepas ni...cuma diharap dapat bersabar lah yer...(perasan macam  ramai reader padahal sorang dua je kut yang nak baca...hahaha...) 

Masih lagi hari pertama di Langkawi, lepas keluar dari Underwater World kami gerak ke Bandar Kuah sebab nak check in hotel..hotel saya dah booking awal-awal lagi sebelum datang cuma sediakan duit je lagi dah...kali ni adalah percutian bajet so hotel pun taknaklah bermewah-mewah..cukup sekadar dapat rehat, tido dan mandi dengan selesa...

Untuk malam pertama kami menetap di Azio Hotel yang terletak di Jalan Pandak Mayah 7 betul-betul dalam bandar Kuah..hotel ni walaupun taraf 2 bintang tapi saya suka sebab keadaan bilik dia bersih sangat-sangat..tilam empuk tak macam sesetengah hotel yang tilamnya kalau tido sakit belakang...

Saya amik bilik Deluxe Double Room..biliknya tak besar sangat tapi untuk 2 orang masih dikira okey..cuma ruang untuk solat memang agak limited...so terpaksa solat atas katil...dengan bayaran RM95 untuk satu malam bilik ni dah kira cukup selesa...cuma agak bengang sket kenapalah dia bagi bilik kat kami betul-betul bersebelahan dengan kaunter receptionist tu..memang tak selesa you all bila nak keluar masuk orang duk tengok...macam kami ni buat salah je...

Cuma kat sini bathroom and toilet dilindungi oleh dinding kaca sahaja...pintu bilik air takde kunci..so kalau anda berdua sahaja dengan husband takde problem..tapi kalau ada anak yang aktif yang suka main bukak pintu memang bahaya...lagi-lagi kalau anda sedang melepaskan hajat dalam toilet tiba-tiba pintu di buka oleh seseorang...hehe....

Waktu malam memang happening sebab depan hotel ada pasar malam...tak jauh dari situ ada restoran.. jangan risau pasal tempat makan kalau malas nak jalan jauh-jauh sebab tempat makan memang dekat....

So far, saya tetap puas hati tinggal kat hotel ni...cukup untuk berehat dan tido itu sudah memadai..memang recommended sangat-sangat untuk sesiapa yang suka besederhana..tapi kalau nak swimming pool dan buffet beakfast,  di sini bukanlah tempatnya...kena cari hotel taraf 3 bintang ke atas lah yer....(^_^)

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...