16 March 2012

Dataran Lang Langkawi-Part 4

Assalamualaikum...

Usai mandi dan solat, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Dataran Lang yang berada berhampiran dengan Jeti Kuah..kedudukannya tak jauh sangat dari Azio Hotel lebih kurang 4-5 km saja...kalau naik kereta tak sampai 10 minit cuma nak cari parking tu lah makan masa sket lagi-lagi kalau time ramai orang...

Walaupun bukan musim cuti sekolah, tapi ramai jugaklah pelancong tempatan dan luar negara yang datang ke sini...yelah, kalau sesiapa datang ke Langkawi tapi tak singgah kat Dataran Lang memang pelik...sebab semua orang tau kat sini ada momunem burung helang yang sangat besar sebagai landmark utama Pulau Langkawi...

Menurut sejarah, Langkawi berasal dari gabungan perkataan Helang (burung) dan Kawi (sejenis batu yang bewarna merah)..pada masa dulu dikatakan pulau ini menjadi tempat tinggal sejumlah burung helang... dalam masa yang sama  kat pulau ni ada batu kawi...hasil gabungan 2 perkataan ini maka muncul lah nama Pulau Langkawi...betul atau tidak, wallahualam....kalau dilihat pada monumen ini pun, burung helang berdiri di atas batu kawi....

Saya nak naik bergambar kat atas, duduk tengah-tengah perkataan Langkawi tu tapi malu la plak...mesti kena naik sorang-sorang sebab sape nak amik gambar dari bawah kalau naik berdua kan..orang plak kat bawah tu ramai duk pandang ke atas..diaorang tak pandang kita tapi mesti kita perasan orang semua duk pandang kan...hehe....*perasan lah sangat...(^_^)

Kalau bergambar kat bawah senang sebab boleh pasang stand kamera...buat timing masa lepas tu berlari-lari lah husband ku takut tak sempat..isterinya cuma duk relax menunggu..ada sorang pakcik tu gelak je duk  tengok aksi my husband berlari-lari macam tu...hehe. :p

Hai dear...smile please..:) oh yer...kat belakang sana orang ramai tu sebab duk tengok sorang brother pegang ular sawa besar...sape-sape nak bergambar dengan ular kena bayar tapi saya tak tau berapa ringgit...saya lansung tak pergi dekat sebab teramatlah geli-geli-geli..memang saya tak tengok lansung..ada jugak brother tu panggil-panggil macam paksa suruh orang pegang ular...jangan buat kat saya macam tu okey..saya akan mengamuk kalau orang buat macam tu...:)

Tau apa yang tengah saya duk termenung tu...fikirkan pasal badan dah gemuk...bila tengok gambar dalam kamera rasa menyampah sangat tengok diri sendiri...kenapa susah sangat nak turun berat macam dulu...itu yang susah hati sangat tu...husband panggil pun paksa-paksa senyum tengok kamera...huhu...


Pemandangan yang boleh dilihat di sekitar Dataran Lang...

Pada mulanya husband nak tunggu sampai matahari terbenam sebab nak snap gambar..tapi kenapa ek, kami beransur-ansur meninggalkan Dataran Lang sebelum sunset muncul...anyway, lepas tu kami jalan-jalan kat pasar malam kat tengah bandar..dah lapar baru gi cari kedai nak makan...makan malam cuma makan biasa-biasa saja so tak snap gambar...nama restoran pun lupa...

Habis makan, pusing-pusing kat pasar malam lagi cari magnet nak letak kat peti...cari keychain jugak nak bagi kawan-kawan ofis...dah letih, balik hotel..mandi, solat lepas tu tido....

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...