02 November 2012

Jangan Contohi Kami Tau...

Assalamualaikum....

Hari ni mood saya happy..(*_*)... sebabnya hari ni adalah hari last kerja sebelum cuti panjang...walaupun banyak lagi keje yang tak setel tapi mood tetatp happy jugak...hehe...maybe salah satu faktor yang paling kuat adalah sebab my husband dah nak balik esok...itu yang tak sabar-sabar sangat tu...

Kali ni saya nak citer pasal ragam manusia jugak...bukan ragam orang lain tapi ragam kami suami isteri...hehe...dulu saya pernah tulis entry CERITA TENTANG RUMAH .okeylah, maybe ada yang tak pernah baca dan malas nak baca..biar saya citer sket-sket ek...

Dulu saya pernah planning dengan husband nak beli sebuah rumah baru kat  Pristana..dekat dengan Saujana Utama, Selangor..masa tengok show unit kat Giant memang saya berkenan sangat-sangat..lepas tu terus booking bayar RM1K..hantar segala dokumen untuk apply loan...masa tengah tunggu loan approve baru kami terhegeh-hegeh nak gi tengok kawasan...

Malangnya lepas gi tengok rasa ada ketidakpuasan dalam hati...oh begini rupanya kawasan area rumah tu..saya ingat betul-betul kawasan elit yang ada privacy...lepas tu on the way balik kami terserempak plak dengan accident..lagilah rasa berbelah bahagi...so setelah berbincang kami suami isteri, tak jadi beli rumah tu..bila call pemaju, diaorang kata duit booking tu tak dapat balik kalau cancel..

Erm...kalau pemaju CHA.YA.NUN.ALIF ni semua tau kan memang pandai buat duit..tak kisahlah duit tu halal haram ke, duit orang ke janji diaorang untung...dalam terpaksa kami redha jelah duit tu burn macam tu..asalkan kami tak rugi ratus-ratus ribu...lepas tu saya ingat nak stop dulu lah survey rumah ni...tapi harga rumah kan cepat melambung...makin lambat cari rumah makin harga naik plak..umur plak makin meningkat lagi effect pada loan...

So fikir-fikir, soal rumah kena fikir jugak...kebetulan masa tu hati terpanggil-panggil nak balik ke negeri sendiri...yelah, sampai bila kita nak duk kat negeri orang..dah tua nanti mesti nak balik ke tempat asal...bila husband suarakan nak cari rumah kat terengganu, kat area kemaman atau kerteh saya pun setuju tanpa ada paksaan....

Makanya tahun lepas bermulalah survey kami...cuti hujung minggu kami ke kerteh terengganu rumah Kak La (my SIL) dengan satu tujuan nak survey rumah kat sana..kami start survey rumah kat area kerteh lepas tu kat area kemaman...

Jumpalah satu kawasan rumah dua tingkat yang masih dalam pembinaan lagi..harga dalam 250-270K kalau tak silap..

Mintak kebenaran dengan pakcik yang tengah buat kerja kat dalam tu..bila dia bagi masuk, apa lagi cepat-cepatlah masuk nak tengok kat dalam plak...husband dengan gaya "mandur" sedang meniliti kawasan rumah...terus terang cakap, ruang bawah tak besar sangat..

Takpe, kita tengok naik tingkat atas plak..ruang family boleh lah...masa kat sinilah hampir-hampir berlaku kejadian yang tidak diingini..dalam sibuk snap gambar, saya undur-undur tak sedar satu langkah je lagi nak jatuh ke bawah..nasib baik Allah selamatkan nyawa saya..masa tengah nak angkat kaki tu tiba-tiba tergerak hati rasa nak pusing ke belakang..."DUP"..jantung terhenti sekejap..kaki yang tengah melangkah ke belakang terus stop!! satu langkah je lagi saya akan jatuh ke bawah...ya Allah alhamdulillah sangat-sangat...

Master bedroom yang sizenya tidaklah besar sangat..yang peliknya balkoni pulak besar gedabak...for me sangat-sangat membazir ruang..setakat balkoni je pun buat apa nak besar sampai boleh letak meja makan..baik dia besarkan bilik air..tak jadi nak pilih rumah ni...


Teruskan survey rumah kat area lain plak tapi tak jauh sangatlah dari rumah tadi...kali ni rumah bangalow sebijik-sebijik.."bangalow lah sangat kononnya"...masih jugak dalam pembinaan tapi macam dah nak siap...

Mintak permission dengan pekerja nak tengok-tengok rumah..diaorang bagi jugak..rumah ni ada 3 bilik + 2 bilik air + 1 ruang makan..yang lain ruang tamu dan dapur...harga RM300K..kawasan dia ok lah kalau nak compare dengan rumah tadi sebab dekat dengan masjid, dekat dengan jalan utama...

Lepas bincang kami suami isteri, maka lagi sekali kami buat keputusan nak beli rumah ni...sebelum balik ke KL, sempatlah singgah kat ofis pemaju untuk booking dan tanya segala prosedur yang perlu dibuat...lagi sekali booking rumah kena buat pembayaran RM1K...katanya kalau tak jadi dapat balik duit tu...

Then, balik ke KL sediakan segala dokumen untuk proses apply loan...masa tengah tunggu loan approve, ajak lah mak gi tengok rumah tu....

Masa masuk rumah tu untuk kali kedua, tak taulah tiba-tiba rasa macam "eh..kenapa kecik plak aku tengok rumah ni". tapi senyap jelah....bawak mak gi tengok luar dan dalam..mak ni suka tanya...ini bilik apa? itu bilik apa? pintu ni keluar ke mana? kalau dah beli kabinet nak letak mana? peti letak kat mana?

Tiba-tiba jadi stress....barulah nampak kecik sangat rumah tu....tak padan dengan harga...yelah, kalau kat Terengganu RM300K tu kalau buat rumah sendiri dua kali ganda boleh dapat...

Mak tengah termenung tengok dapur...dia tak cakap tak setuju tapi dia cakap camni..."kalau letak kabinet nanti besar manalah jadi dapur..alah keciknya.." husband faham maksud mak yelah mak sendiri kan...mestilah faham apa yang tersurat dan yang tersirat...(^_^)

Saya senyap je...masa tu rasa "alah...tak jadi lagi ke..." sebabnya malas dah nak fikir pasal rumah kalau tak jadi..duit semua dah bayar kan... 

View dari depan rumah..


Sebelum balik tengok betul-betul....masing-masing rupanya ada simpan benda kat dalam hati tapi tak terluah....masuk kereta....

Tiba-tiba husband ajak mak gi tengok satu kawasan...yang itu saya citer kat entry lainlah ek...

Dipendekkan cerita, rumah ni kami cancel booking jugak..sebabnya kali kedua gi tengok rasa kecik dan tak berbaloi dengan harga...sebab yang kedua, isnyaAllah ada project seterusnya yang akan menyusul tapi cerita itu saya simpan dulu...

Duit booking plak, kami dapat balik tapi tak seperti yang mereka janji...cuma dapat balik RM700 sebab katanya RM300 dah buka file guaman so tak boleh dikembalikan..okeylah kami terima...malas nak panjang lebar citer walaupun kami ada hak pertikai benda tu..masa booking hari tu takde plak cakap gitu kan...manusia ni kalau bab duit memang mudah lupa halal haram...

Bila fikir balik,kami ni suka sangat buang duit macam tu je..penat-penat kumpul duit, lepas tu senang-senang bagi kat orang...burm macam tu...tak fikir panjang terus buat keputusan..lepas tu baru nak menyesal..habis tu nak buat camne, itulah risiko yang terpaksa ditanggung kalau beli rumah dengan pemaju...takpelah..isnyaAllah lepas ni dah tak perlu booking lagi dah...

*_____*

^____^

2 comments:

  1. sama lah saya.. saya tk kat online rumah.then berkenan booking.bila cuti sekolah, balik kampung tgk, persekitaran dia tak best.parit cetek,takut bila hujan air melimpah.pastu waktu ptg belah rumah tu panas, matahari terbenam... terus cancel. salunya ptg2 mesti nak lepak kat dpn rumah kan.kalu panas camne melepak.kalu panas waktu pagi ok, dpt vitamnin...eheheh.. mmg duit booking tu burn je la.. nak beli rumah ni takleh main2, lain la irg yg duit byk, beli rumah cam beli baju.tp bagi saya nak beli rumah pelbagai aspek perlu diambil kira, specially sistem perparitan tu

    ReplyDelete
  2. Salam. Hi there. Rumah Kerteh tu kat mana? Dulu sy pnah kerja sana sekejap.. Hihi. Btw, saya pon pnah alami benda yang sama. Buat booking dan diorang tak pulangkan balik duit tu bila tak jadi. Fikir2 balik 1k tu boleh shopping mcm2 lagi kan.. Huhu. Hm, lps ni byk2kan cerita psl rumah ek? Sy jumpa blog ni pon sbb now tgh galak blogwalking untuk idea rumah baru.. Jemput la singgah ke blog sy, munirahali.blogspot.com. Slm perkenalan~ :)

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...