01 November 2012

Mulut Manusia Kalau Bercakap...

Assalamualaikum...

Hari ni saya masih lagi ke ofis menghabiskan sisa-sisa kerja sebelum bercuti panjang..kerja memang takkan habis tapi yang mana urgent kena kejar dateline wajib setel dulu..yang selebihnya boleh handover pada staff yang akan ganti tempat saya untuk sementara waktu nanti...

Erm....pernah tak siapa-siapa rasa  dirinya perfect? manusia mana ada yang perfect kat dunia ni kan kecuali Nabi kita...baik dari segi fizikal atau sikap, mesti setiap orang ada kelemahan jugak...

Saya masih boleh terima lagi kalau orang nak komplen sikap seseorang sebab setiap sikap manusia ditentukan sendiri oleh tuannya..samada nak jadi baik atau jahat tepuk dada tanya hati sendiri...bukan Allah yang tentukan sikap seseorang tu...

Tapi saya pantang bila ada segelintir manusia ni komplen pasal fizikal orang lain...fizikal camne? kurus atau gemuk okey lagi walaupun tak sepatutnya jugak..tapi paling saya pantang bila dengar

"eh..mulut dia senget kan kalau bercakap"

"cuba awak tengok dia berjalan...kaki dia senget sebelah kan"

"mata dia pelik, besar sebelah..."

Saya bukan tulis cerita kosong je pasal benda ni..tapi saya memang ada jumpa orang macam ni...dia suka komplen pasal fizikal orang lain...rasa berdesing je telinga bila dengar..saya tak taulah kalau dia tak sedar benda tu tak elok atau dia tak berniat buruk tapi kita sebagai manusia lagi-lagi yang beragama Islam...percaya kepada qada dan qadar bahawasanya apa yang terjadi semuanya di tangan Dia...

Kenapa kita nak pertikai pasal "kelemahan" orang lain...bukan orang tu mintak jadi macam tu...kita pun belum tentu sempurna sampai akhir hayat...entah esok lusa Allah tarik balik nikmat "kesempurnaan" kat badan,  kita pun tak tau kan...so, beringatlah kita sesama manusia jangan sesekali komplen atau kutuk fizikal seseorang sebab itu semua ciptaan DIA YANG MAHA ESA...

Kedua saya tak boleh dengar bila dia keluarkan cerita benda yang tak pasti..cerita yang dia dengar dari mulut orang lain tak tau betul ke tak tapi dengan confident dia cerita kat semua orang...

Contoh yang selalu berlaku dalam masyarakat kita...

"si Gayah tu takde anak sebab dia merancang masa mula-mula kawin dulu..sebab tu sampai sekarang dah 4 tahun kawin Tuhan tak bagi"

"mana tau dia merancang? dia ada cakap ke?"

"tak..aku dengar orang cerita...betul lah tu..kalau tak takkan sampai sekarang takde anak..lagi aku dengar  dia tak dapat anak sebab dia ada pakai susuk nak jaga badan"

Biasa pompuanlah suka cakap pasal topik macam ni kan...hello kakak-kakak, makcik-makcik..jangan sesekali kita mudah percaya cerita yang tak pasti lepas tu pi heboh kat orang..kalau benda tu tak betul dah jadi satu fitnah...lepas tu orang lain plak bawak cerita tak betul tu sampai ke beratus-ratus orang, bertahun-tahun..maka jawabnya bertahun-tahunlah kita tanggung dosa fitnah tu...

Kalau Gayah tu memang ada ishtihar atau pernah buat pengakuan takpe jugak..ini setakat dengar cerita yang entah dari mana sumbernya terus percaya...setakat percaya kalau lepas tu simpan sendiri takpe lagi...ini sebar plak kat orang lain...haiiii tak taulah nak cakap camne...tiap-tiap hari solat tapi mulut dan lidah tak jaga...bahaya kan...

Benda ni selalu berlaku disekeliling kita...lebih-lebih lagi artis...memang orang cepat buat tuduhan walhal kita tak pernah jumpa apatah lagi bercakap dengan artis tu...saya kalau pasal anak ni memang sensitif bila orang main suka suki mulut dia bercakap..sebab saya sendiri pernah alami benda yang sama...

Itu semua kan kerja Tuhan...ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang Allah nak uji tak dapat lansung...semua tu takdir..makcik-makcik, kakak-kakak sibuk bercakap pasal anak orang lain, kalau terjadi pada anak makcik sendiri camne rasa?

Pernah tak makcik-makcik, kakak-kakak baca sejarah nabi...Nabi kita kawin ada berapa orang isteri? dari isteri mana Nabi dapat zuriat..kenapa? selain dari Khadijah, isteri lain merancang taknak anak ke? GILA lah kalau seorang manusia tu dah diberi kelebihan oleh Allah dapat jadi isteri Nabi, tapi taknak waris dari MANUSIA YANG PALING AGUNG...jawapannya cuma satu...itu semua takdir dan kuasa Allah...haa kan saya tiba-tiba dah jadi ustazah..geram tau bila ingat mulut sesetengah manusia ni...main sedap cakap tak fikir perasaan orang....

Lagi satu, kalau jadi apa-apa musibah tak elok kat orang yang dia tak suka...

"benda tu jadi sebab Allah nak bagi balasan lah tu..selama ni jahat sangat"

Jangan...jangan sesekali kita buat andaian macam tu...musibah tu sebenarnya tanda Allah sayangkan orang tu...bila diuji, orang tu bertaubat, bersabar dapat pahala kat dia..kita plak? dapat dosa kering...sebabnya suka sangat nilai keburukan orang tanpa fikir hikmah disebaliknya...siapa dan apa hak kita untuk menilai hukuman dari Allah terhadap orang lain? kita belum tentu baik boleh masuk syurga...betul tak??? (^_^)

Panjang lah plak tazkirah hari ni...tidaklah tazkirah cuma sekadar ingatan pada diri sendiri dan semua yang sudi baca tulisan saya ni...jaga mulut dan hiasi peribadi anda...tak cantik pun takpe asalkan hati bersih...

Lembutnya lidah mengata nista

Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Wassalam...

2 comments:

  1. nukilan yang bagus...tapi GK nak ckp juga pepatah moden penah berkat"pintu kereta boleh ditutup guna tapi mulut manusia tak leh ditutup"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you GK for your comment...betul dah tu, mulut manusia memang takleh tutup..harapnya dgn cara ni boleh jadi satu teguran yg baik...

      Delete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...