17 December 2013

Perjalanan Teluk Intan -Lumut - Pantai Remis Perak- Part 1

Assalamualaikum....

Alkisah tersebutlah kisah perjalanan kami ke sebuah negeri yang bernama Perak Darul Ridzuan..tujuan keberangkatan kami tidak lain tidak bukan adalah untuk menghadiri Majlis Bertandang saudara sebelah husband...

Rombongan dari pihak perempuan gerak dari Ganu hari Jumaat..kitaorang ni dari Shah Alam gerak hari Jumaat jugak tapi takdela rushing keluar awal pagi sebab dekat je kan..

Dua hari sebelum perjalanan, mak (MIL) datang rumah kami dulu sebab nak tumpang sekali..ayah (FIL) tak ikut..adik beradik lain pun tak boleh pergi sebab masing-masing ada komitmen lain...

Gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi...sebenarnya pihak penganjur dah booking homestay kat area Manjung untuk ahli rombongan...so kitaorang tak perlu susah payah cari hotel untuk bermalam...cuma kami calling-calling dengan pihak rombongan dari Ganu nak jumpa kat mana bila dah sampai sana...

"Jumpa kat Lumut"...itu info yang kami terima ..

Memandangkan masih ada banyak masa, kami tak gerak ke Lumut dulu...destinasi pertama kami ialah Teluk Intan..sebenarnya itu adalah planning husband sebab dia nak tengok Menara Condong...well..kita ikut saja lah driver nak gi mana...

Sebelum sampai Teluk Intan, husband singgah dulu solat Jumaat tapi saya dah lupa kat area mana...berkampung lah kejap kami warga perempuan dalam kereta...saya, khasif, mak dan adik bongsu husband..nasib baik si kecik tu behave cuma mulut pot pet pot pet cakap apa ntah...

Lepas husband habis solat Jumaat, kami terus menuju ke Teluk Intan...mula-mula cari kedai makan dulu...pusing-pusing kat area bandar cari kedai makan melayu takde...yang banyaknya kedai mamak....

Bukan taknak makan kat mamak, tapi alang-alang dah datang negeri orang kan..nak cuba lah jugak lauk pauk orang melayu perak...banyak tempat kami pusing tapi tak jumpa jugak...dah la cuaca panas terik...

Last-last husband cakap makan kat mamak pun takpela...perut dah bekeroncong...masa pusing cari kedai mamak, nampak la medan selera..try berhenti kut-kut ada rezeki makan lauk melayu...tup-tup ada pun kedai mamak jugak....



Nasi Kandar Speedy....mula-mula macam "ala..nasi kandar lagi.." . tapi bila masuk mulut, eh eh...sedap la gulai dia...tak rasa kari macam selalu makan kat kat mamak tu..rasa gulai melayu...ayam boleh tahan besar..yang beza nya ada sambal macam cili giling dia letak sket tepi pinggan..tapi saya tak rasa pun...

Tanya husband..dia cakap not bad..rasa dia masam-masam manis...harga untuk sepinggan RM4.30..

Cari la kedai mamak kat seluruh malaysia ni mana dapat harga murah camtu...siap tokey dia datang lagi tanya cukup tak nasi? nak tambah nasi ke? kelas gitew.....makan + minum untuk  4 orang baru RM25...murah sangat-sangat...


Makan dengan penuh nikmat sebab perut tengah lapor..see my husband dah macam artis tak bagi orang snap gambar tengah makan...

Lepas makan singgah masjid kejap mandikan Khasif...cuaca tersangat panas..so bila dapat mandi dia jadi segar bugar...



Inilah dia Menara Condong mercu tanda bandar  Teluk Intan..

Sedikit info tentang Menara Condong :
  • Dibina pada tahun 1885
  • Tinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga
  • Tujuan pembinaan adalah untuk menyimpan air bagi penduduk pada masa musim kemarau dan juga sebagai menara jam
  • Pada tahun 1889 -1895 banjir besar telah berlaku dan menenggelamkan menara ini. Disebabkan banjir tersebut, menara ini menjadi condong...

 Saya pernah sampai ke Perak sebelum ni tapi ni first time sampai ke Teluk Intan tengok menara condong...


Sebenarnya cuaca panas terik...itu yang saya bawak payung takut Khasif kena panas..nasib baik menara ni ada  bayang so ada lah tempat teduh untuk posing-posing sekejap...

Sekejap je kami posing-posing kat situ...agenda seterusnya meneruskan perjalanan ke Lumut melalui Jalan Changkat Jering..walaupun keadaan jalan raya agak teruk tapi seronok jugak la lalu jalan kampung ni..boleh tengok rumah orang, sawah padi..jalan pun tak bizi dan tak perlu tekan minyak laju-laju macam kat highway tu...rilek je menikmati permandangan....


Akhirnya kami tiba di Bandar Lumut lebih kurang pukul 6.30 petang..call rombongan dari Ganu, diaorang tak sampai lagi...so kami park kereta, then jalan-jalan dulu cuci mata kat area bandar...

Bandar Lumut yang dipenuhi dengan kedai-kedai baju, topi, cenderamata dan makanan laut...

Baru saya tau rupa-rupanya di sini terletaknya terminal jetty untuk ke Pulau Pangkor....so kalau anda nak ke Pulau Pangkor, sila datang ke Lumut...


Babah belikan topi untuk Khasif...bila orang cakap "cantiknya..............".. bukan main tersengih sampai senget-senget  kepala sebab syok orang puji dia...perasan cantik rupanya anak aku ni....(^__^)



Pantang letak kat bawah..dia nak jalan ke sana sini...tak boleh pegang..nak jalan sendiri okey anak dara ni sorang.....


Pakai topi tak lama pun...bila dah bosan, dia nak tanggal topi tu...jenuh lah babah duk puji "cantiknya......" nak suruh dia terus pakai...


Dia pakai topi kat muka. boleh?? lepas tu dia buang macam tu je taknak pakai dah....alahai anak.....

Tunggu punya tunggu takde sorang pun yang call...hari dah nak gelap....

*bersambung...

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...