21 January 2014

Farewell di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS)

Assalamualaikum wbt...

Citer ni sebenarnya dah berlaku lama dah...bulan 10, 2013...tapi hari ni baru berpeluang nak masuk blog...jangan risau..banyak lagi citer yang tertangguh bertahun-tahun tapi akan keluar blog lepas ni...hahaha... (ketawa jahat).

OK.

Farewell ni diadakan khas sempena persaraan bekas CEO saya, Mr.Tan yang telah lama berkhidmat di dalam company...majlis berlansung di Restoran Empress Garden, KGSAAS pada 1 Oct 2013...*eeiii..skemanyer ayat...

Kalau ikut planning, majlis sepatutnya start pukul 12.30 tengahari lebih-lebih sket...kira pukul 12 tu ketibaan VIP dan para tetamu..


Susun atur meja dalam restoran...saya cuma tempah 4 meja sahaja sebab ramai crew offshore tak dapat hadir..


Satu meja untuk 10 orang...


Sementara menunggu ketibaan para tetamu dan VIP...cop..jangan sesekali kaitkan saya dengan mana-mana parti politik okey...baju merah, tudung biru...suka-suka hati...tiada kena mengena yang hidup atau yang mati.... (^_^)


Antara staff dan crew offshore yang dapat hadir....santai sambil menunggu majlis bermula...


Ketibaan VIP yang terdiri daripada Managing Director, CEO dan Manager company...


Semua tetamu dah hadir kecuali orang yang disambut belum tiba....sambil menunggu sambil posing...


Yei...ketibaan orang yang dinanti-nantikan...bekas CEO kita, Mr.Tan...sempoi je datang pakai T-Shirt...tapi kemas..


Ucapan dan kata-kata terakhir...apa yang boleh saya katakan, selama 4 tahun lebih bekerja dibawah Mr.Tan, dia antara bos yang paling baik dan suka ketawa..tak pernah marah...kalau tanya dia, semua ok..semua boleh...kalau bab kerja, dia tak push..tapi dia akan tanya berapa lama kita boleh siapkan kerja..rasanya semua orang suka kan kalau kerja takde tekanan dari orang atasan...


Fokus dengar ucapan dari bekas bos...lepas ni dah tak jumpa dah...tapi email terakhir dari Mr.Tan buat semua staff...please do contact me and keep in touch..


Director menyerahkan retirement plaque untuk Mr.Tan..

Lepas tu sesi makan plak....


Farewell Menu


Kari Ayam
Daging Kambing Masak Briyani
Udang Masak Kam Heong
Fillet Ikan Kerapu Goreng Apa Ntah
Sayur Asparagus   

Antara menu kat atas, paling saya suka kari ayam..memang marvls..


Nasi Bryani

  Air Oren


Pecal Jawa..sedap jugak..

Ada orang jawa ke kat sini...


Desert...Puding Gula Hangus (tak sedap), tart ala-ala perancis dan buah...


Do you want coffee or tea? Coffee please.....

"Air kopi se...." 


Meja bos-bos...


Kami warga staff ofis...okey tudung hitam bukan staff tapi antara orang atasan company...sporting kan...(^_^)


Kenangan sebelum berpisah...


Kata-kata terakhir dari kami untuk Mr.Tan...wishing you all the best for your retirement...

Itu sahaja cerita untuk kali ini...

Kalau korang nak buat majlis makan-makan kat KGSAAS ni bolehlah hubungi mereka di alamat berikut.

Mr. Sharul Rezal Maktap

Manager, F&B
Direct Line : 03-5512 3305
Fax : 03-5510 5860
Email : sharulrezal.maktap@kgsaas.com.my

Mr.Selva Kumar
Executive F&B
Direct Line: 03-55105872
Email : selvakumar@kgsaas.com.my

Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah

No.1, Rumah Kelab,
Jalan Kelab Golf 13/6,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...