25 January 2015

Jangan Menipu Lagi...

Assalamualaikum wbt...

Korang pernah tak jumpa orang yang suka menambah-nambahkan cerita..bila bercerita tentang satu-satu perkara mesti nak ada tokok tambah..tambah gula, garam, lada sulah macam-macam la nak jadikan cerita tu best dan hot story...tak cukup dengan itu, sanggup plak menipu demi nak tarik perhatian orang...menipu sampai tahap bersumpah....

Yang kelakarnya aku tau perkara tu tak sampai tahap seteruk tu..dan aku tau dia tu suka menipu...aku tau apa yang dia cerita kat aku ada tokok tambah...kalau 100 yang aku dengar, 10-20  ye boleh percaya..yang lagi 90 tu anggap je cerita kosong...

Seriously, aku kesian sangat dengan orang macam ni...orang yang suka pompang-pompang, suka menipu, suka tokok tambah..apa yang ada dalam kepala otak dia sebenarnya? apa yang dia fikir setiap hari? apa yang dia rasa setiap hari tentang orang lain...kenapa sampai sanggup menipu...apa yang dia dapat? bukan sekali dia menipu..dah banyak kali aku tau tapi aku diam je..tak ke dia rasa at the end day, dia tipu diri sendiri...sampai bila nak hidup dengan cara macam tu....tak penat ke menipu?

Awak menipu awak ingat orang tak tau ke....orang tau tapi orang senyap sebab taknak malukan awak...kalau orang tak tau sekalipun, tapi Allah tau....ingat tu...Allah tau okey... dalam Islam pun cakap orang yang suka menipu adalah orang munafik..aku doakan orang yang suka cakap menipu dan tokok tambah cerita ni cepat-cepatlah bertaubat sebelum tabiat tu jadi sebati dalam diri sendiri...

Dan satu aku nak cakap..aku bila sekali dapat tau orang tu asyik menipu je kalau bercakap...aku dah susah dah nak percaya lepas tu..even kalau perkara tu betul sekalipun..aku jadi teragak-agak nak percaya..aku dengar, aku angguk..aku senyum..paling best aku pura-pura tak tau tapi sebenarnya awak dah KANTOI..apa yang boleh aku cakap kepercayaan terhadap kamu sudah tiada lagi..so siapa yang rugi? takde faedah pun menipu tu..orang lagi menyampah ada la..betul tak? so...sila renung-renungkan...

Kalau tak dapat jujur pada orang lain, jujurla pada diri sendiri...insyaAllah awak akan lebih tenang...itu pesanan aku...
Ya Allah..jauhkan aku dari tipu daya dan fitnah manusia...amin..

Ops satu lagi aku nak tambah..kalau nak jugak teruskan habit menipu dan suka tokok tambah cerita..nak jugak cerita buruk tentang orang lain..sila cari orang lain..sila main jauh-jauh dari aku..sebab aku tak minat nak dengar...

Orang-orang macam ni la yang akan memecah belahkan hubungan baik di antara sesama manusia...

Sekian...wassalam...


No comments:

Post a Comment

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...