28 January 2015

Projek Membina Rumah Idaman- Fasa 2

Assalamualaikum..

Hari tu aku dah citer tentang projek rumah FASA 1..kali ni aku sambung lagi ke FASA 2...

Seperti yang korang tau..proses nak bina rumah sendiri ni tersangatlah berbeza dengan proses nak beli rumah dengan pemaju..

Kalau nak beli rumah dengan pemaju, korang memang dah siap tengok rumah contoh..tinggal lagi cuma nak pilih je rumah mana satu yang korang nak..dari bab nak apply loan dengan bank, peguam, dan segala proses rumit semua pemaju yang akan buat..korang cuma sediakan dokumen...tunggu loan lulus..sign SNP lepas tu dah boleh tengok progress rumah..

Berbeza dengan nak buat rumah sendiri...segala-galanya kena buat keputusan sendiri..ibaratnya korang ni pengurus projek...kena plan betul-betul..tersilap buat keputusan, nanti diri sendiri jugak yang kena tanggung....

So next!!

Fasa ke 2 adalah adalah cabaran nak sediakan PELAN RUMAH dan DESIGN RUMAH..

Mula-mula nak dapat design dan pelan rumah memang mencabar...yer aku tau berlambak ada pelan kat google kan...tinggal pilih je yang mana nak..siap tu ada yang jual pelan...

Tapi semuanya tidak menepati citarasa aku dan husband...tengok design rumah cantik tapi tengok pelan rumah macam tak berkenan..tengok pelan ok, design rumah plak tak berkenan..gitula kisahnya selama mencari pelan rumah..

Dalam tengah mencari pelan tu, dipendekkan cerita kami dibawak berjumpa dengan sedara sebelah ayah mertua aku..namanya Faiz yang bekerja di salah sebuah syarikat arkitek..ayah mertua bawak jumpa kut-kut dia boleh tolong kami..kalau ikutkan hati aku sebenarnya nak cari kontraktor rumah yang siap ada pakej lukis pelan sekali..senang..2 dalam 1..

Tapi dah ayah mertua bersungguh siap bawak jumpa, takkan kami nak tolak cadangan tu..takpe...cuba dulu guna khidmat Faiz..tak cuba tak tau kan...lagipun Faiz tu memang bersungguh nak tolong lukis pelan rumah..

After discuss dengan Faiz, dia suruh kami sketch dulu camne pelan rumah yang kami nak...lepas tu email kat dia..nanti dia akan lukis pelan betul..

Maka aku dan husband pun start la perah otak..hahaha...sebenarnya kan antara aku dan husband kitaorang tak boleh discuss sekali tau...nanti last-last masam muka... >_<

So cara yang terbaik adalah buat asing-asing..mula-mula aku sketch bahagian dapur dan ruang makan..dua ruang ni sangat penting bagi aku..bukan aku je la kan..rasanya setiap perempuan yang bergelar isteri mesti rasa dapur tu paling dekat dihati korang..betul tak?? hehehehe..

Lepas tu aku bagi husband idea dapur dan ruang makan aku nak..dia setuju 100% design aku buat..terus rasa dihargai..hahaha..lepas tu husband plak amik tugas dia sketch ruang lain..bilik, toilet, store...oohh...ruang tamu dan ruang family kami discuss sama-sama..


Inilah pelan rumah hasil gabungan idea kami berdua..siang malam husband mengadap benda ni...aku siap warning kat husband, benda lain kalau nak ubah boleh tapi dapur jangan sesekali yer...hehehe..

Aku dah berangan dah nanti aku masak kat dapur tu camne...jangan sesekali musnahkan angan-angan aku tu..nasib la husband layan je la kerenah aku ni..^_^

Sorryla korang aku tak boleh tunjuk semua...bukanlah special sangat tapi sebab idea sendiri kan..so agak secret la sket...betul tak...design rumah plak aku amik idea dari sebuah blog..memang aku berkenan sangat..design rumah tak terlalu moden tapi lebih kepada konsep traditional..

Dah siap sketch betul-betul...hantar email bagi kat Faiz untuk dia lukis pelan betul plak...bagi sekali dengan design rumah yang aku berkenan tadi..tapi actually design rumah tak 100% sama jugak..ada yang kami tambah balkoni, tukar situ sini..cuma part bumbung memang aku suruh Faiz ikut sebijik macam design rumah contoh tu..yang itu memang nampak sangat traditional...

Kalau tak silap aku 2, 3 bulan jugak berbalas email dengan Faiz..ubah situ, ubah sini...kerja dengan Faiz ni takdelah cerewet sangat..kitaorang yang lagi cerewet sebenarnya..kejap tukar itu..kejap tukar ini..hehehe...cuma ada jugak Faiz tak buat apa yang macam aku nak..part bumbung especially..nak nangis aku rasa..berapa kali ubah baru la sama dengan design yang aku nak...



Schematic Drawing by Faiz..plan dan design yang ni dah final..


Dan jugak pelan tangki pembentungan...ko jangan...nak buat rumah, kalau pelan ni tak lulus, pelan rumah pun tak lulus tau...T_T


Finally hari yang ditungu-tunggu...padahal baru pelan je pun tapi excited sebab dah lama projek ni tertangguh..so bila pelan rumah sendiri dah siap terus rasa bersemangat la nak start..ni pelan rumah dah siap print kat kertas biru..so tak boleh ada perubahan lagi dah..kalau nak ubah ada charge lain plak.....


Faiz suruh gi rumah dia kena sign pelan rumah..banyak jugak dokumen lain husband kena sign...berjanggut tunggu nak siap semua..

Apa step seterusnya yang perlu dibuat..berapa bayaran..nanti aku citer...aku dah kekeringan idea...

Bye...bye....

2 comments:

  1. assalamualaikum....dapat rasekan semula perasaan tu yg penah akak rase kan 15 taun yg laluuuu...kikiki

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...