05 November 2010

Kedai 'Air Buah Gelas Besar'...

Kejap je dah pun malam..semua orang dah tido..maklumlah kat kampung pukul 10 dah sunyi dah...yang kedengaran cuma bunyi cengkerik dan unggas je dari luar...beza dengar suasana kat bandar...kalau time ni bising lagi bunyi kenderaan lalu lalang..hai..teringat zaman kecik-kecik dulu..malam kalau tengah tido tiba-tiba bunyi cengkerik mesti rasa lain macam je...lepas tu sayup-sayup plak dengar anjing menyalak..hai...ketaq jugaklah kelubung dalam selimut..hehe....


Petang tadi tak gi jalan-jalan mana pun..hujan turun l
ebat jugak...rasa seronok je boleh tengok air hujan turun dari bumbung..sekali lagi teringat zaman kanak-kanak dulu...kalau hujan lebat je mesti cepat-cepat gi berdiri kat bawah bumbung tempat air turun..best giler..rasanya zaman sekarang takde lagi kut kanak-kanak main cmtu...=)


Malam plak lepas isyak, saya dengan husband keluar kejap...jalan-jalan makan angin...singgah kedai air buah gelas besar...saya tak boleh sangat cuaca sejuk minum air sejuk..so saya cuma minum air nescafe panas...husband order air nanas+susu..ada 3 size gelas yang kita boleh pilih..kecik, sedan dan besar..husband order gelas size sedan..teka harga satu gelas besar ni berapa? percaya tak saya cakap cuma RM2.50.....murahnyer..



Makan plak kitaorang order keropok goreng...puas hati tengok keropok besar gini..sebatang baru 20 sen..sila percaya yer...rasa dia memang pure rasa ikan..bukan rasa keropok yang selalu makan kat bandar-bandar tu..cuma rasa tepung je lebih...husband cakap mcm selipar jepun..=D

Husband order laksam..sedap..habis licin dia makan..lepas tu baru sedar perut dah 'muncit' sebab minum air banyak..haha....=D.


Lepas habis makan terus gerak balik umah..satu hari kat kampung rasa tenang je..tak perlu fikir pasal keje, pasal jiran yang tak 'sebulu', pasal trafic jem..masih ada 2 hari lagi saya nak habiskan masa kat kampung..suka suka...=). okayla..time to sleep!. good nite..zzzz.....

3 comments:

  1. kampung mmg best of the best...tu sbb teman dok kg jer..

    ReplyDelete
  2. Has: dh rezeki keja kat bandar......nak wat camane......Best jg bandar ni.....byk tpt nk pegi......

    p/s: air nenas susu tu sedap ke? baru first time dengar....

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...