28 April 2013

PILIHANRAYA...Saya Cuma Bertanya, Jangan Marah Yer...

Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik. Rakyat di negara tersebut masih  menikmati kebebasan berpolitik dan demokrasi yang sebenarnya.

Buktinya, dalam pilihan raya untuk memilih Presiden, rakyat AS berpeluang menggunakan  kuasa mereka menentukan pemimpin nombor satu negara tersebut dengan penuh demokratik.

Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah Presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama.

Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya. Pentas di mana beliau berucap di situ juga Mitt Romney berpeluang berucap.

Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka. Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas.

MEDIA pula tidak berpihak kepada sesiapa dan memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong. Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak.

Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka.

Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihan raya yang pincang.

Dalam mendepani pilihan raya umum ke-13 ini, kenapa tidak pemimpin negara belajar daripada proses pilihanraya Amerika Syarikat. Bermuhasabahlah dan bandingkan tahap demokrasi negara ini dengan Amerika Syarikat. Terlalu banyak jurang perbezaannya, sejauh langit dengan bumi dan semua pemimpin negara boleh melihatnya sendiri.

Jika mahu menuruti proses pilihanraya seumpama AS, boleh tak pemimpin negara meletakkan jawatannya dan menyerahkan kuasanya kepada 'kerajaan sementara' bagi mengendalikan kerajaan tatkala PRU berlangsung. boleh tak pemimpin negara kita berbuat demikian?

Boleh tak pemimpin negara kita turun berkempen atas nama ketua parti tanpa menggunakan kedudukan "PM" dengan menabur janji, dan habuan?

Beranikah pemimpin negara membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah?

Selain itu, boleh tak pemimpin negara kita turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan.

Kenapa satu pihak sahaja yang dibenarkan 'membentangkan' manifesto di dalam media televisyen dan radio..? kenapa tidak benarkan semua pihak supaya rakyat boleh menilai dan memilih siapa mereka yang suka...PEACE...^_^

I LOVE MALAYSIA...

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...