28 August 2013

Sudah Tiba Masanya Kami Berpisah...


Assalamualaikum wbt...

Okey..tajuk memang sedih..
Tapi tidaklah sesedih drama korea/ hindustan tu..
Hehe...

Actually cerita ni tentang perpisahan Khasif dan Kak Siti..
Saya tak pasti saya dah inform ke belum sebelum ni yang kak siti ialah anak sedara saya...
Yes..she is my niece..
Agak lama jugak dia jaga Khasif..
Masa mula-mula dia datang jadi BS, Khasif baru nak masuk 3 bulan..
Sampai la umur Khasif dah 9 bulan..
Lama jugak la kan...
Daripada si kecik tu tak pandai apa-apa sampai la dah boleh berdiri..


Masa mula-mula saya bawak dia jaga khasif..
Hati saya memang risau jugak la time kat ofis tu..
Yela budak baru 18 tahun kut jaga baby 3 bulan...
Boleh ke??
Tapi saya tawakkal pada Allah...mintak dijauhkan segala perkara yang tak elok..
Masa tu saya memang tak kuat dan tak sampai hati nak hantar khasif kat nursery...
Tiap kali waktu rehat saya balik jenguk mereka kat rumah..
Nasib baik la rumah dekat dengan ofis...

Masa bulan pertama saya tak bagi kak siti mandikan khasif...
Sebelum gi kerja saya mandi khasif siap-siap..
Tengahari saya balik mandikan jugak..
Petang balik kerja sayang mandikan jugak...
Dekat sebulan lebih jugak kut baru la saya 'green light' dia mandikan khasif..
Itupun lepas training betul-betul...

Saya memang straight sangat-sangat masa mula-mula ajar dia jaga khasif..
Takdenya lemah lembut nak cakap berlapik masa awal-awal tu..
Pada saya kalau kita tegas baru dia belajar betul-betul..
Anak sedara sendiri kut..bolehla nak garang kan..
Cuba kalau orang luar memang tak berani la takut mereka buat apa-apa plak kat anak kita..
Hehe..

Dari cara angkat, baring, dodoi, bagi susu, basuh berry, mandi...
Semua step saya ajar...
Ada yang tak kena, memang saya "tembak" je..
Dan Alhamdulillah lama-lama dia jadi pandai jaga baby...
Dan khasif pun membesar bam bam macam kena pam masa dalam jagaan kak siti..

Masa mula-mula dulu bila ada yang tanya siapa yang jaga anak saya...
Saya cakap anak sedara..
Ada yang cakap...ooo untung la ada anak sedara sendiri boleh jaga anak..takyah keluar duit...

HOHOHO..tidak sama sekali...
Walaupun dia anak sedara saya tapi saya tetap bayar gaji dia sama bayaran dengan hantar nursery..
Kat shah alam ni kalau hantar baby kat nursery bayaran dalam lingkungan RM300-RM350..
So saya bayar gaji kak siti pun lebih kurang amount tu jugak...
Saya takkan sesekali suruh dia buat kerja free..

Ingat senang ke nak jaga bayi..
Mana nak bagi susu, nak basuh berry, nak tidorkan dia...
Nak layan dia lagi..susah oo..
Perhatian kena lebih..

Sebelum tu lagi kami suami isteri dah bincang..
Siapa-siapa pun yang jaga khasif samada nursery ke  pengasuh luar atau family sendiri..
Memang kami akan bayar gaji/upah...

Even kalau mak sendiri yang jaga kami akan bagi duit..
Oppss bukanlah kami nak samakan mak tu dengan orang gaji..
Tapi duit tu ibarat saguhati untuk mak..
Sebab kami tau bukan senang nak jaga bayi..
Erm so sesiapa yang bagi kat mak jaga anak sepenuh masa tu..
Pandai-pandaila hulur duit lebih kat mak yer...
Lebih-lebih lagi kudrat orang tua tak sama dengan kudrat orang muda...
Memang mak kita tak mintak malah mungkin ada yang tolak..
Tapi sebagai anak, pandai-pandai la fikir sendiri...
Mak susah payah jaga anak kita..
Takkan kita tak bagi balasan apa-apa kat mak...
Fikir-fikirkan...=)

Okey...berbalik cerita kak siti..
Masa dia jaga khasif saya memang tak bagi dia buat kerja lain..
Tugas dia JAGA KHASIF DAN BARANG KEPERLUAN KHASIF..
Masak ke basuh baju ke kemas rumah ke semua takyah buat..
Semua saya sediakan..
Tapi dalam kata jangan buat tu dia rajin jugak menolong sidai baju, lipat baju, sapu lantai rumah..
Kata pun pompuan kan tak boleh lari dari sifat suka kemas rumah..
Selalunya saya akan masak pagi-pagi sebelum gi kerja..
Kalau tak sempat saya bungkus makanan bawak balik rumah..
Best kan dapat majikan macam saya ni..
Jimat duit makan...
So sesiapa yang nak bermajikan kan saya..
Sila la hantar CV..
Haha...

Dipendekkan cerita...
Bila khasif dah besar ni, saya pun terbukak lah hati nak hantar si kecik tu ke nursery..
Risau lagi lama takut nanti dah takde tempat plak..
Lepas tu ditambah rasa bersalah plak dengan kak siti..
Masa bulan 4 macam tu la dia dapat sambung form 6..
Tapi dia tak pergi atas sebab-sebab tertentu..

Salah satu sebab saya macam tak galakkan sangat dia ke form 6..
Saya cakap form 6 belajar susah-susah tapi lepas tu nak masuk U susah..
Sebab persaingan dengan budak asasi, diploma dan sebagainya...
Dia pun macam berat hati nak tinggalkan khasif masa tu..

Lepas tu dalam bulan 6 dia dapat offer kolej polytech mara..
Masa tu pun saya berbelah bahagi nak lepaskan dia..
Antara tak bersedia nak hantar khasif ke nursery..
Tapi kesian jugak kat dia bila dia cakap kawan-kawan ramai yang dah further study..
Lepas tu bila tengok yuran mahal dia tak jadi...
Yela nama pun kolej swasta..
Dalam family kami rasanya tak pernah ada yang further study kat kolej swasta..

Bulan 7 dia dapat offer kat Kolej Pusrawi..
Saya ok je masa tu kalau dia nak pergi..
Tapi course yang dia dapat plak tersangatlah susah..
Farmasi..
Saya yang budak sains ni pun masa belajar biology kena strugle..
Inikan plak dia bukan dari aliran sains..
So memang saya tak galakkan dan family dia pun tak galakkan jugak..
Tapi dalam masa yang sama saya kesian kat dia..

Macam-macam cara saya tolong dia..
Tapi masih belum ada rezeki..
Sampai la satu masa tu nak masuk bulan 8..
My Brother yang kat sarawak call ajak dia gi duk sarawak tolong jaga ayah saya..
Kiranya atuk dia la kan..
So saya dengan rela hati lepaskan dia pergi...

Lagipun saya fikir dah tiba masanya khasif berdikari dan belajar untuk bergaul dengan orang lain plak..
Selama ni hidup dia dengan ibu, kak siti dan babah.
Itu pun babah jarang-jarang je ada kat rumah..
Khasif jadi manja dan takut kat orang yang dia tak kenal..
So hantar ke nursery adalah jalan terbaik untuk si kecik tu...


Masa bulan puasa hari tu..hari terakhir dia jaga Khasif sebelum dia balik..
Kami bawak dia berbuka puasa kat luar... 


Apalah yang Khasif duk bisik dengan babah tu...

Inilah dia juadah berbuka kami bersama kak siti...
Yang pastinya lauk dia tak sedap mana..
So takyahlah saya inform restoran mana kan..
Tak baik plak nanti jatuhkan reputasi bisnes orang...

Masa hari hantar dia pergi stesen bas tu pun saya terasa jugak..
Sedih pun ada...saya rasa kalau khasif dah faham masa tu dia pun mesti nangis..
Kalau nak compare saya dengan kak siti...
Dia lagi manja kan khasif..
Tak pernah marah dia...
Saya ni marah jugak anak..
Bukanlah marah betul-betul..
Marah-marah sayang gitu...hehe..

Hari tu terima mesej dari kak siti..
Dia tulis "menangis teringat kat adik (panggilan untuk khasif)..rindu sangat kat kat dia..tak tau nak cakap camne..tiap-tiap hari duk tengok gambar dia.."
Sebak je saya baca mesej tu...

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...