Assalamualaikum...
Rasanya semua ibu kat dunia ni seboleh-bolehnya nak jaga sendiri anak kan..
Kalau jaga anak sendiri, boleh tengok perkembangan mereka dari hari ke hari...
Lagi kita tak perlu risau keselamatan, kesihatan dan segala benda yang tak elok terjadi kat anak...
Tapi apa boleh buat..
Zaman dah berubah...
Sekarang ni apa saja yang kita buat mesti perlukan duit..
Even nak masuk toilet pun nak pakai duit...
So nak taknak suami isteri harus bekerja untuk tampung perbelanjaan keluarga..
Terpaksa la hantar anak-anak duk bawah jagaan orang lain..
Samada pengasuh, bibik atau nursery semuanya terletak kat tangan kita...
Yer...saya tau ada suami yang berkemampuan untuk tanggung segala perbelanjaan...
Mungkin kalau saya tak bekerja, suami masih mampu tanggung segala isi rumah..
Tapi duit simpanan untuk hari tua banyak mana?
Duit simpanan untuk anak-anak plak?
Duit emergency kalau terjadi apa-apa?
Insurans? Mak ayah kat kampung?
Pinjaman masa belajar dulu dah habis bayar ke?
Itu tidak termasuk segala bil yang dah makin mengarut sekarang ni...
(Tiap-tiap bulan aku bayar tapi sampai bil masih jugak ada tertunggak..ada yang nak kena maki hamun ni..MARAH NI...)
Susu, pampers, baju anak lagi..
Baju kecik, baju besar isteri, makeup isteri (untuk para isteri yang suka bermakeup la)...=)
Makanya disitulah tanggungjawab seorang isteri dizaman moden ini..
Keluar mencari rezeki untuk mengurangkan beban suami..
Kalau nak harapkan suami yang keluar segala perbelanjaan ni memang botak kepala suami...
Mampu tu mampula..tapi duit simpanan 20 hinggit je la kut tiap-tiap bulan...
Kalau suami korang Director, CEO, Datuk Menteri mungkin takde masalah la kut..
Itu cerita "kapal" lain yer..
Hehe...
Rela dalam terpaksa, anak kesayangan harus dihantar ke nursery...
Pujuk diri sendiri..
Maafkan ibu dan babah..ini semua demi masa depan Khasif...
Tapi ibu janji, walau sesibuk mana sekalipun kami mencari rezeki..
Kami takkan sesekali abaikan Khasif..
Kasih sayang kami pada khasif takkan sket pun berkurang walau sebesar kuman..
Panjang plak celotehnya..
Nak citer pasal hantar anak ke nursery je..
Hehe...
Okey..hari tu cakap khasif dah takde BS kan..
Dah berpisah dengan kak siti...
Tiba la masa khasif mengenali dunia luar...
Sebelum hantar dia ke nursey, harus prepare barang-barang keperluan...
First yang kami harus beli adalah carseat untuk khasif..
Sebelum ni masa dia kecik dah beli baby carrier tu kan..
Sekarang dia dah besar dah tak muat lagi dah..
So terpaksa beli carseat untuk baby besar plak..
Kalau tak beli camne nak bawak dia gi nursery..
Babah kan takde kat rumah..ibu yang drive takkan ibu nak pegang plak..
Lagipun safety itu penting...
Lagipun safety itu penting...
Carseat yang dibeli Sweet Cherry jugak...
Harga berpatutan dan nampak kukuh..
Taknak beli yang mahal sangat takut tak guna lama...
Dah siap shopping carseat, singgah solat kat masjid baru kat seksyen 13 shah alam..
Masa ni kami kat tingkat atas..
Bila dia nampak babah kat bawah, terus jerit panggil babah..
Bising punya budak..
Mula-mula duduk bukan main happy..lepas tu start nangis sebab ibu tak riba...
Meragam jugakla kejap..lepas kereta dah gerak tu, baru la okey..
Sepatutnya hari ni first day ke nursery..tapi rupanya nursery tutup lagi...esoknya baru bukak..
"School" tutup so bolehla bawak dia shopping..barang seterusnya yang ibu nak cari ialah baju..
Bila dah start duk nursery ni baju pun tak bolehla bawak yang branded..
Harus cari baju kat giant je..yang murah-murah sebab takut kotor dan tertukar dengan orang lain..
Biasa kan terjadi baju anak tertukar kat nursery..
Hari first day hantar ke nursery saya ditemani husband...
Luluh hati bila tengok anak merengek masa mula-mula BS baru dia amik kat pintu..
Khasif menangis la jugak tapi husband cepat-cepat tarik saya masuk kereta..
Kat ofis saya call tanya khasif ok tak, menangis tak..
Biasala first day kan..
Risau sebab orang tak tau lagi ragam dia camne..
Bila dia nak susu, nak makan, nak tidor...
First day saya khasif kat nursey saya kerja half day je..
Tengahari husband datang amik kat ofis lepas tu kami gi amik khasif..
Masa dalam kereta...
"Rindu sangat kat adik.." husband cakap..
Eh..eh..sama macam ibu jugak...
Hehe...rasa macam lama sangat berpisah dengan dia...padahal baru je berapa jam...
Sampai nursery bila dia nampak ibu..mengigil nak datang kat ibu..
Masuk kereta, bukan main happy lagi...
Hehe...
Sebab adik berjaya duk kat school separuh hari, babah belanja makan tengahri...
Suka sangat khasif masa ni bila ibu dan babah layan dia...
Anak babah kan...asyik-asyik..."babah..babah.."
Masa ni dia tembam kan...=)
Tapi sejak dah duk nursery ni saya rasa badan dia dah susut...
Tak bam bam macam dalam gambar ni lagi...
Okey..itu saja cerita kali ni...
Kalau tak best...sila maafkan saya...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment