Minggu lepas sebelum husband balik rumah, sembang-sembang dalam phone....
"Abang balik ni jom kita bawak adik jalan-jalan hujung minggu ni..."
Saya okey jer..lagi pun memang saya ada niat nak ajak husband keluar spend masa dengan Khasif kat luar...naluri kami sama kan..cewah...
So sabtu hari tu kami bawak Khasif gi jalan-jalan kat KLCC..pukul 9 pagi dah keluar dari rumah...untuk memudahkan perjalanan, kami park kereta kat Kelana Jaya..lepas tu naik LRT gi KLCC. senang tak perlu nak hadap traffic jem, tak perlu bayar parking kat KLCC yang mahal itew...
Sampai KLCC dah pukul 11 lebih...alang-alang dah tengahari kami lunch terus sebelum jalan-jalan..Khasif dah start happy go lucky masa ni...ibu suap nasi tapi dia makan 4,5 suap je..tapau subway kut nanti tengah jalan-jalan dia lapar...
Stroller baru Khasif yang tersangat pinky...punyala dia meraung, menangis macam kena dera masa mula-mula letak dalam stroller baru ni...puas pujuk baru la diam..hehe..kali ni kami beli yang ringan supaya senang lipat, masuk kereta dan senang nak bawak gi mana-mana..stroller yang dulu ada lagi cuma dah tak berapa pakai sebab tersangat la berat dan susah nak masuk kereta....
Laluan terowong ke Aquaria...babah yang very-very excited nak bawak Khasif gi tengok ikan...ibu layan je la...
Sementara tunggu babah beli tiket...tengok jadual waktu feedind frenzy.
Harga tiket untuk dewasa (warganegara) ialah RM38 seorang..Khasif bawah umur so free aje...
Okey..Khasif dah start excited bila masuk bawah terowong tengok ikan-ikan berenang di sekeliling dia...
"Taah....taah....tuhhh..." sambil tunjuk tangan ke arah ikan....
Budak mana ntah yang nak interframe jugak....husband dah ketawa terbahak-bahak dah....so untuk tidak mencetuskan kontrovesi, muka beliau harus di tutup..hehe....
Khasif dan ikan kerapu...siapa pandang siapa sebenarnya....
Suka sangat bila tengok dia excited tunjuk ikan-ikan kat dalam tu...
Sesi pembelajaran mengenali ikan bersama babah...hehe....
Mula-mula ingat nak tengok sesi jerung makan pukul 3 petang..tapi masa tu macam awal je lagi...malas plak nak tunggu...lepas beli cenderamata sket terus keluar gi cari surau untuk solat...
Habis sudah sesi jalan-jalan dalam Aquaria KLCC...actually banyak lagi gambar tapi takkan nak letak semua kan..nanti bosan plak orang tengok..hehe...
Ada satu lagi aktiviti kami dengan anak...tunggu yer.....(^_^)
bestnya.saya pun plan nak bawak anak2 pergi aquaria cuti nanti
ReplyDelete