24 October 2013

Bila Anak Demam Dan Dijangkiti Virus..

Assalamualaikum wbt..

Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok anak jatuh sakit...kalau boleh nak mintak dengan Allah supaya semua sakit dia tu dipindahkan pada saya...Khasif masa kecik-kecik, ,masa umur dia bawah 8 bulan, jarang jatuh sakit..kalau demam ke selsema ke batuk ke seingat saya cuma sekali je...itu pun tak teruk dan tak lama..

Tapi sejak dah besar sket ni, dah dekat nak 10 bulan umur dia, agak kerap diserang sakit dan penyakit..maybe sebab dah bertukar environment..masa umur dia 9 bulan tiba-tiba dia kena ALLERGI...lepas tu sihat alhamdulillah...sehari sebelum raya selsema...


Bulan 9 hari tu Khasif tiba-tiba demam panas..masa tu saya dengan Khasif je kat rumah..husband takde kerja kat laut...malam tu saya tak tidor sebab pantau suhu badan dia yang panas mencecah 38dc...satu badan khasif saya lap dengan kain basah sampai la suhu turun..bila suhu naik balik, saya lap lagi.....macam tu la saya satu malam sorang diri pantau keadaan dia sampai tak sedar bila masa saya tertidor...

Lebih kurang pukul 5.30 pagi dah dekat nak subuh tiba-tiba saya rasa ada orang pegang badan..saya bukak mata tengok Khasif pegang saya sambil duduk..bila saya pegang badan dia panas ya Allah..rupa-rupanya dia terjaga dari tidor sebab panas..dia tak nangis..saya cek suhu dia 39 dc..cepat-cepat bawak gi bilik air, saya mandikan dia start dari hujung kaki naik slow-slow ke badan dan kepala...lepas mandi Alhamdulillah suhu turun, dia sambung tidor...

Siang bawak jumpa doktor..kalau boleh saya nak elak bagi dia makan ubat sebab budak umur bawah 2 tahun tak elok ajar makan ubat..kalau boleh saya nak rawat dia secara luaran sahaja biar sembuh secara natural...tapi memandangkan cuti saya dah tak banyak dan takde sape yang boleh saya harapkan jaga Khasif kat rumah,  nak taknak saya terpaksa jugak bagi makan ubat..Alhamdulillah lepas makan ubat keesokan hari khasif dah tak demam...cuma dia batuk time tengah tidor...

Ku sangka panas sampai ke petang...


Esoknya saya tengok kat belakang khasif ada "benda" ni...sebenarnya 3 hari sebelum tu lagi dah perasan benda tu macam kecik je..mula-mula saya ingat dia luka kat taska sebab macam ada kudis...saya malas nak panjang-panjangkan benda ni sebab saya pun tak pasti apa punca dia..kut la dia terluka masa main kat rumah jadi satu dosa plak tuduh-tuduh orang kan...saya cuma letak minyak gamat masa "benda" ni kecik...

Makin hari makin besar...macam ada benda yang makan kulit dia...tepi-tepi lingkaran tu berair..aduh...apa benda plak ni...lepas satu-satu jadi kat Khasif...saya betul-betul rasa down...setiap kali Khasif sakit mesti time husband takde dan saya kena lalui sorang-sorang benda tu..saya dah tak kuat nak tanggung sorang-sorang...

Saya risau benda tu kayap...kalau kayap ular lagi la risau..kebetulan masa tu husband dah dekat nak balik darat tapi mak plak nak buat majlis solat hajat untuk ke Mekkah...so husband nak stay dulu kat kampung..lepas habis majlis baru dia nak balik Shah Alam..saya masa tu tengah risau anak, dengan jiwa yang down giler...

Saya cakap terus terang dengan husband...boleh tak abang balik terus tak perlu stay tunggu majlis mak..saya risaukan anak lebih dari segala-galanya..husband berbelah bahagi...dia risau mak kecik hati...saya cakap, nanti kita akan balik jugak sebelum mak ke Mekkah...sekarang kami berdua sangat-sangat perlukan abang...saya sebagai ibu rasa dah tak mampu nak tanggung sorang-sorang lagi...saya cakap mak pun seorang ibu dan mak akan faham kalau abang balik sebab anak sakit...

Saya memang berdoa sangat supaya MIL tak kecik hati..saya bukan saja-saja nak suruh husband balik terus...tapi keadaan masa tu betul-betul tengah genting..semangat dan kekuatan saya dah sampai tahap ZERO..alhamdulillah lepas husband bagitau mak dia perlu balik segera tak boleh tunggu majlis, mak faham keadaan kami...

Malam husband sampai..esoknya terus bawak Khasif jumpa doktor pakar kulit kat Klinik Ranjit Subang..disebabkan saya tak buat appoinment so saya tak boleh jumpa doktor Ranjit...terpaksa masuk bilik doktor lain....doktor perempuan India...

Dia tengok belakang Khasif...lepas tu dia cakap ini IMPETIGO..sejenis penyakit kulit yang disebabkan bakteria staphylococcus..saya tanya doktor betuk ke bukan kayap?? amboi..nak lawan doktor nampak..doktor cakap bukan kayap..kalau kayap dia akan naik kat saraf -saraf...apa ntah doktor tu cakap lagi...sekejap je jumpa lepas tu doktor suruh amik ubat...

Hishh...I ni jenis kalau sekejap-sekejap rasa ragu-ragu je...tapi keluar jugak la dari bilik doktor tunggu amik ubat..


Ni dia ubat yang doktor suruh sapu...RM49 kecik tinonet....Fucidin iaitu sejenis kream antibiotik yang perlu di sapu 2 kali sehari pada tempat yang terkena jangkitan...biar betul ni je ubatnya...bukan calang-calang orang tak percaya kat doktor..hahaha....Alhamdulillah lepas sapu lebih kurang seminggu.. IMPETIGO tu hilang..tu la tak percaya kat doktor sangat...-__-

Belum habis citer lagi......

Seminggu sebelum Raya Haji..hari Isnin balik nursery petang tu saya nak tukar pampers Khasif...seperti biasa lepas balik nursery saya akan cek badan dia satu persatu..bukan nak cari kesalahan pihak nursery tapi untuk langkah berjaga-jaga.

Bila bukak pampers tengok-tengok bawah buntut dia naik biji-biji macam berair..ruam ke? masa tu husband ada kat rumah lagi..saya tanya husband pagi masa abang tukar pampers ada ke tak biji ni kat buntut Khasif..husband cakap takde...saya ingatkan ruam..saya pun letak la tepung kanji selalu letak kat celah-celah peha dia untuk elak ruam...

Pagi selasa masa hantar Khasif nursery saya tanya teacher dia Khasif semalam taknak pakai pampers ke atau dia berry kerap ke?niat saya bukan nak salahkan teacher dia atau nak marah..saya cuma nak cari punca apa benda kat punggung Khasif tu..kalau kena gigit semut atau serangga ke, pampers lambat tukar ke...senang saya rawat kalau dah tau punca...tapi teacher dia cakap tak...biji tu macam dari rumah...


Petang masa gi amik, teacher dia cakap biji-biji tu naik makin banyak sampai ke lutut dan kaki...masa tu husband dah travel gi kerja...saya syak Khasif kena chicken pox..tapi suhu badan dia normal..tak demam..dia pun aktif je main..

Sebelum benda ni melarat, pagi rabu saya bawak Khasif gi UMRA jumpa doktor nak sahkan betul ke tak benda tu chicken pox..tup-tup bila doktor tengok kat buntut dan kaki bukan chicken pox tapi doktor sahkan biji-biji tu ialah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)..doktor cek mulut Khasif takut ulser dah naik dalam mulut dia..budak kecik tu bukan senang nak bukak mulut..menangis la bila doktor pegang mulut dia...

Nasib baik dalam mulut takde..tapi doktor bagi jugak ubat untuk letak dalam mulut takut lepas ni naik jugak...bila kena penyakit ni secara automatik pesakit perlu dikuarantin tak boleh jumpa orang luar terutama kanak-kanak lain...so maksudnya saya terpaksa amik EL untuk jaga Khasif sehingga penyakit dia sembuh..cuti dah habis..husband plak takde...yang paling haru tiket flight balik Raya Haji pun dah book 2 hari sebelum tu..kalau keadaan Khasif makin melarat maknanya burn la tiket tu...


Doktor bagi Calamine Lotion untuk sapu kat bijik-bijik merah tu, ubat demam takut tiba-tiba dia demam dan ubat ulser mulut...tiap-tiap hari tugas saya sapu lotion kat kaki dan buntut dia...kat kaki kena tunggu dia tidor baru boleh sapu..kalau tak dia sibuk nak main, nak pegang tempat kita sapu lotion..lotion tu kan racun...

Nasib baik kat mulut tak naik...so dia makan dan minum seperti biasa..tak demam...tetap aktif walaupun "sakit"...


Selama berkurung dalam rumah, saya cuci semua lantai, perabot, tilam, baju,  toys dan "kawan-kawan" Khasif dengan Dettol...habis satu rumah bau macam hospital..



Khasif yang "tak sihat" tapi tetap aktif..walaupun semua toys dia dah kena kuarantin, ada je idea dia nak main apa dalam kandang tu...sepak bola pun okey...

Hari Jumaat saya masih dalam dilema nak balik raya ke tak..keadaan Khasif makin okey tapi tak sembuh sepenuhnya lagi..baru 30% biji-biji  merah hilang..tapi banyak yang dah kering...kakak saya pun call cakap balik je...

Flight hari sabtu petang...biji kat kaki Khasif dah okey cuma kat buntut ada lagi..dalam pampers mana orang nampak kan..hehe...so kami boleh naik flight tanpa ada halangan..

Kat kampung keadaan Khasif makin ok..cuma saya tak berani jugak bawak dia keluar jumpa orang...air liur dia masih banyak yang  meleleh keluar..virus penyakit ni kan boleh tersebar melalui air liur dan najis mereka...so Khasif masih dalam pengawasan...

Alhamdulillah Hari Raya Haji pertama Khasif dah sembuh 99%..1% lagi kat buntut ada 2,3 biji yang tak hilang...sekarang dah sihat dah....dah hantar ke nursery balik...

Begitulah cerita tentang ujian bila ada anak terutama yang masih kecik...cuti untuk EL wajib ada...hari ni mereka sihat...bulan depan belum tentu lagi..kita dah jaga elok dah kat rumah dari segi kebersihan tapi kadang-kadang persekitaran kat nursery atau kat luar boleh menyebabkan anak kita dijangkiti penyakit...harus sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal...

# perasan tak banyak betul perkataan BENDA...
Sekian, wassalam....

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...