27 October 2013

Raya Haji Di Kampung...

Assalamamualaikum wbt....

Walaupun dah seminggu lebih berlalu tapi saya nak share jugak citer raya haji kat kampung hari tu...
(^____^)
Sebenarnya sayang jarang balik kampung kalau raya haji...
Nak-nak lagi kalau raya jatuh tengah-tengah minggu....
Raya haji kan cuti 1 hari je (kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah)

Tahun lepas, saya ingat lagi raya haji sorang-sorang kat Shah Alam tengah sarat menunggu hari...
Lepas tu bibik sebelah rumah 2 kali datang bawak makanan dan daging....

Tahun ni saya nekad nak balik raya haji jugak..
Kalau husband kerja sekalipun saya nak balik jugak..
Tup-tup memang betul husband kerja so saya balik jugak berdua dengan Khasif naik flight...


Sehari sebelum raya my SIS masak ketupat sotong....
Atas permintaan my brother yang duk sarawak ada balik jugak...
Sedap uollss...besar dan gemuk-gemuk plak tu isi kat dalam..nyum-nyum....
Khasif pun makan jugak tapi makan isi ketupat je la..hehe...


"Hello babah....adik kena gigit nyamuk"
Malam pertama kat kampung hasilnya seluruh muka Khasif kena gigit nyamuk...
Hehehe...darah manis sangat...
Kesian habis merah-merah kat pipi, dahi, hidung dan atas bibir..
Kat lengan pun banyak jugak kena gigit...
Malam esoknya terus pasang ubat nyamuk letrik..
Kulit plak jenis sensitif..sampai hari ni pun tak hilang lagi bekas kena gigit nyamuk...
Cian anak ibu yer...


Pagi raya kat rumah abang tempat korban lembu...
Tapi saya tak sempat pun nak tengok acara sembelihan dilakukan..
Saya sampai dah dekat pukul 11 pagi masa tu...


Acara pembahagian daging qurban...
Kebiasaan masyarakat kampung akan share masuk bahagian korban..
Setiap seekor lembu bahagi 7 bahagian...
Kalau seekor lembu harga RM4000..
Satu bahagian/ kepala bayar lebih kurang RM571..
Bayaran bergantung kepada harga seekor lembu yang nak dikorban...


Masa ni dah balik rumah dah...
Acara pembahagian daging qurban seperti berikut...

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya


Untuk sama adil, daging dibahagi mengikut berat yang ditimbang..
Lepas dah siap bahagi, program seterusnya adalah masak daging untuk makan kat rumah...
Ada yang panggang, masak sup dan masak gulai..




Orang riuh rendah berlari, menjerit..
Khasif tetap tidor dengan lena sebab dah letih main dengan budak-budak lain...


Sup tulang panas-panas...ada yang tak sempat nak rasa sebab laku macam pisang goreng...
Of course bukan saya tukang masak...saya tukang tumis bawang dan rempah je...hehe..

Habis sup tulang, saya cari gulai daging plak makan dengan nasi...
MasyaAllah gulai daging tu sedap yang teramat..
Cukup lemak, manis, masin...memang tak jumpa la kalau nak cari kat KL...

Esoknya pukul 11.20 pagi kami dua beranak fly balik ke Shah Alam...
Walaupun tak lama raya tapi tersangat puas hati sebab dapat luangkan masa dengan family sendiri....
(^__^)

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...