13 August 2015

Sawadeeekap.....Holiday Krabi - Part1

Assalamualaikum....

Tak tau mana satu nak diceritakan...terlalu banyak story sampai aku jadi buntu...huhuhu...

Citer raya aku tak up pun lagi kan...tapi takpe citer raya aku simpan dulu dah hujung-hujung syawal nanti aku update..ada kisah yang lagi best aku nak share dengan korang...ngeh ngeh ngeh...citer apa?

Yer...betul ! kali ni aku nak story kisah percutian ke Krabi yang masih hot, panas-panas macam goreng pisang panas!  masih terbayang-bayang dalam kotak memory aku.......sawadeeekapppp...

Alkisahnya percutian ke Krabi ni aku dah planning dari awal tahun bulan March hari tu lagi...actually aku sebenarnya nak bercuti ke satu negara tu..teeettt..rahsia....hehehe..dah lama sangat aku nak ke sana..tapi impian tu terpaksa di simpan dahulu memandangkan kami tengah dalam proses membina rumah...kalau ikutkan duit tu ada tapi kena la berjimat cermat...lagi-lagi lepas GST ni semua kos bertambah...so simpan dulu hasrat nak ke negara teeeet......hehehe...

After bincang-bincang dengan husband, kami decide holiday seterusnya adalah Krabi..banyak blog yang aku baca semua cakap Krabi best..lagi-lagi bila tengok gambar pulau-pulau kat sana macam melambai-lambai je aku supaya ke sana...

Lepas dah decide tu, kebetulan selang beberapa hari ada MATTA FAIR kat PWTC..aku apa lagi, terus la ke sana sorang diri untuk menyambar pakej yang menarik...masa tu husband kat offshore so terpaksa la mencari seorang diri...

Nak ke Krabi je pun tapi bukan main bersemangat lagi aku survey satu persatu booth..ada yang excited bagi aku pakej..ada yang macam pandang sebelah mata je kat aku..yela...setakat ke Krabi ko..sebelah negara je....orang lain bukan main ke Paris, Europe, Istanbul, Turki...okey...takpe...ada aku kisah...

Dalam banyak-banyak pakej, aku booking kat satu Tour Agen tu...dapat la  pakej harga RM1000 untuk 2 orang selama  4 hari 3 malam..Khasif free of charge..dapat hotel 4 star dan deluxe room included breakfast..tapi kena beli tiket flight sendiri...aku kira dah murah la tu sebab harga tu termasuk  harga hotel dan pakej tour selama 4 hari disana...aku booking bayar RM50..dia cakap nanti dia akan hantar email follow up step seterusnya..bila tarikh aku nak pergi, bila aku kena bayar full..dia akan hantar semua detail itinerary aku...

So aku balik rumah...3 hari aku tunggu....takde email..seminggu..takde jugak...aku wasap budak pompuan yang amik booking aku tu..dia cakap sorry kak..dia kat luar...nanti dia email...tunggu lagi..sebulan...tapi senyap sunyi..aku tak suka berurusan dengan orang macam ni...

Aku punya la bersungguh..nak setel cepat-cepat...tapi dia buat sambil lewa...sebulan lebih tiada khabar berita...aku hantar wasap kat dia, aku cakap aku nak cancel...tapi aku cakap elok-elok la..aku bagi alasan ada urusan family..

Baru la gelabah nak pujuk aku...akak kalau tak boleh pergi lagi, saya boleh simpan deposit akak..cakap je bila-bila akak nak pergi...saya akan bagi pakej yang bagus untuk akak...whatever....aku dah malas nak berurusan dengan orang yang kerja sambil lewa macam ni..nak meniaga tolong jaga sket hati customer..hari tu hang buat aku macam tunggul kayu...nasib baik aku tak tumbuh janggut...

Lepas cancel pakej tu...mula-mula aku memang cancel terus nak pergi holiday tahun ni..husband macam dah kecewa dah..selang sebulan lepas tu mood nak holiday datang balik...hehehe...mula-mula bukan main takna kan...hangat -hangat tahi ayam..lagipun aku lemah sket dengan pujukan en.husband..."abang dah la tak beraya tahun ni.."

Olor-olor....okey la...jomla kita gi holiday...

Bulan May, aku pun bookingla tiket ke Krabi...kali ni malas aku nak pakai agen..lagipun banyak blog aku baca kalau ke Krabi tak payah pakai agen pun takpe...nak jalan kat sana senang..banyak kemudahan transport...orang jual pakej tour pun berlambak kat sana...

So apa lagi...aku pun cari la tarikh yang sesuai...berkira-kira dengan husband bila dia ada kat rumah...aku planning nak pergi lepas raya...last-last dapat la tarikh 5-8 August..jadinya percutian selama 4 hari 3 malam...



Untuk memudahkan kerja, kali ni aku booking through AirAsia Go..senang booking kat sini flight + hotel boleh booking sekali harung ..takyah susah-susah nak cari tiket flight..lepas tu nak booking plak hotel kat web lain...dua kerja jadinya..total semua sekali tiket flight dan hotel = RM1,282.36.

Yer..aku tau kalau pandai cari boleh dapat harga yang lagi murah...tapi aku dapat yang ini je yang terbest pada masa itu..itu pun tak termasuk lagi dengan harga seat dan buggage...nanti aku citer...



Lepas dah confirm booking, dapat email dari Air Asia Go...kat bahagian atas flight return confirmation...




Kat bahagian bawah plak ada confirmation hotel...dua benda ni akan terima dalam satu email...nampak tak aku request Early Check In dan Pick Up kat Airport? ada citer jugak tu....



Lepas tu dapat email Travel Itinerary dari Air Asia..bukti aku dah booking dari bulan May lagi...harga tiket flight return mula-mula RM 977.24 kan...tapi jangan tertipu...

Masa nak web check in, baru la teringat harga tiket flight aku tu no baggage..so kena la tambah duit lagi..kalau tak lenggang kangkung je la kami ke sana...

Lagi satu Air Asia yang aku tak berkenan...masa booking aku tak pilih pun seat mana-mana..dia pandai-pandai letak aku, husband dan Khasif di tempat berasingan...boleh dia letak husband sorang-sorang kat depan..aku kat tengah..Khasif belakang aku...memangla kena tukar seat takkan Khasif sebesar 3 tahun tu duduk sorang-sorang...bila aku tukar seat, kena la charge...so total tambahan baggage dan tukar seat = RM255 ++

Pandai betul Air Asia buat duit...

So total keseluruhan  flight dan hotel adalah RM 1282 + RM255 = RM1537.

Oooh...tapi harga ni tidak termasuk pakej tour kat sana...cuma flight dan hotel sahaja...

Dan total RM 1537 ni aku tanggung 100%...yer.......aku yang bayar sepenuhnya.....husband aku? nanti dulu..jangan cepat sangat buat speku.....hohoho...

Ni nak bak mai aku nak citer..aku dengan husband macam ni..kalau holiday, kami suami isteri sama-sama akan keluar duit...bukan husband aku yang mintak..tapi aku memang macam ni, sukarela nak keluarkan duit jugak..ada la jugak husband yang tanggung hos holiday..tapi tengokla..kalau kos holiday tu aku rasa agak tinggi..aku tampung la separuh ke, satu perempat ke...kongsi-kongsi la...

Tak taula..aku ni tak sampai hati nak biar dia tanggung keseluruhan walaupun aku tau dia mampu...maybe sebab aku tau komitmen dia banyak..rumah dan kereta dia bayar..so sebagai isteri yang bekerja kena la pandai mainkan peranan.orang cakap give and take..

Aku memang agak bengang bila ada tanggapan atau ada mulut yang sket-sket nak sabit dengan gaji husband aku...rasa nak lempang...tak tau hujung pangkal rumahtangga orang..sedap-sedap mulut nak kata aku menumpang gaji husband...

Untuk pengetahuan kamu yer, aku pun ada kerja, ada gaji..aku takdela sengkek sangat sampai segala benda nak harap duit gaji husband aku..nak kata gaji banyak sangat pun tak..apa yang boleh aku cakap, alhamdulillah rezeki yang Allah bagi..yang betul-betul kenal aku, orang tu akan tau...aku ni jenis jarang shopping baju, shopping beg, shopping kasut semua tu.....shopping aku ada musim..bukan setiap kali dapat gaji habiskan duit...

Duit gaji yang tak habis aku simpan, duit nafkah yang husband bagi pun aku simpan tiap-tiap bulan....lama-lama jadi banyak...itula rahsianya..pandai JIMAT CERMAT...

Gaji besar ke, gaji kecik ke kalau tak berjimat sama je sayang ooiii.....yang penting camne kita manage duit...dan jugak kena planning awal-awal....ada paham?

Nanti ada la yang cakap, ala itu pun nak bagitau ke..aku kalau boleh taknak jugak bagitau sebab aku rasa memang tak penting pun...tapi kadang-kadang telinga aku ni dah berasap bila ada orang tengok aku beli handbag baru, nak sabit dengan gaji lagi aku...beli laptop, beli perabot rumah semua nak sabit dengan gaji laki aku...macam kan aku ni duk goyang kaki je kat rumah tunggu gaji laki..itu belum tengok pakaian dalam aku..agaknya itu pun nak sabit dengan gaji laki aku jugak kan...hai...macam-macam la manusia ni kan...

Ok dah sambung citer asal...

Habis cerita tentang kos flight dan hotel..oh yer, aku akan citer setiap kos perbelanjaan aku dari awal sampai habis sebab nanti senang siapa-siapa yang nak buat rujukan..ok..setuju?

Bahagian husband plak, dia tanggung segala kos makan, minum, pakej tour kat sana, shopping dan lain-lain selama berada di Krabi....gitu....

Yang ini husband bagi duit, aku tukar siap-siap duit Thai Baht kat Malaysia sebelum berangkat ke sana..jumlah yang aku tukar RM1600..dapat lebih kurang THB 14,090..rasa macam sket je kan..nak tukar lebih lagi takut tak habis...

So untuk mengelakkan kekeringan duit kat sana, husband aktifkan kad CIMB dia untuk keluarkan duit kat oversea..senang register online je...in case la takut-takut tak cukup duit...

Aku nak holiday kali ni memang tak inform kat sesiapa...ada la kawan yang tau sorang tapi aku tak inform aku nak ke mana..hari last kerja baru aku inform kawan aku nak holiday ke mana..family pun aku tak inform...sampai Airport lagi 30 minit nak fly baru kami inform family...

Bukan aku taknak inform..tapi aku taknak kecoh-kecoh...aku takut pandangan dan tanggapan orang..kadang-kadang niat kita nak share benda yang happy..tapi kita tak tau dalam hati orang rasa kita ni menunjuk-nunjuk...kita rasa benda tu takdela mewah mana..tapi perasaan orang kita tak tau..so aku pesan kat husband takyah kecoh-kecoh..takut orang salah faham....hari dah nak berangkat baru kita inform...

Panjang betul mukadimmah aku kali ni....huhuhu..

Tunggu punya tunggu...hari yang dinantikan pun tiba...

Memandangkan flight aku seawal jam 7.00 pagi, pukul 3.30 pagi kami dah gerak ke KLIA2...mula-mula nak amik taxi je tapi bila kira-kira balik kos taxi lagi mahal dari parking, so aku buat keputusan parking je kereta kat KLIA2...

Kalau nak lagi jimat boleh jugak parking kereta kat Putrajaya Cetral, lepas tu amik ERL ke KLIA2..tapi bila aku check ERL paling awal pun dari Putrajaya pukul 5.00 pagi kalau tak silap...memang takla aku nak amik risiko..saja cari nahas nak kena tinggal dengan kapal terbang...

Sebelum keluar rumah, make sure check boarding pass, passport dan IC telah pun di bawa sekali yer...tertinggal passport atau IC makanya sila la kamu menangis di tepi kaunter...dan jugak sila pastikan passport masih valid lebih dari 6 bulan...kalau tak sama la jugak macam kamu takde passport...

Satu lagi...aku nasihatkan korang buatlah web check in dan print boarding pass siap-siap dari rumah....boleh je kalau nak check in kat airport tu tapi nak kena beratur mak ai..apa lagi nak kena print kat sana pun kena charge...so kesimpulannya sila sediakan boarding pass siap-siap dari rumah...

Seawal pukul 4.15 pagi kami dah tiba di KLIA2...parking kereta kat A-CP7..jangan lupa lock stereng kereta yer...untuk safety...

Bergegas-gegas kami ke balai perlepasan antarabangsa di tingkat 3 untuk drop baggage...dah sampai kat sana, masyaAllah aku pening...orang punya la ramai..lepas tu huru hara giler keadaan kat sana walaupun jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi..ada yang dah masuk barisan tapi keluar balik sebab tak confirm betul ke tak..

Ramai yang macam tak tau arah tujuan..termasuk la aku sebab ini first time aku dan husband berurusan di KLIA2...terpinga-pinga kaunter mana yang harus pergi...kat KLIA2 ni ada banyak kaunter check in dan kaunter baggage drop..aku jadi pening..

Untuk International Departure pergi kaunter S, T, U dan V manakala Domestic Departure pergi kaunter W, X, Y dan Z..lepas dah tanya staff kat situ, baru pergi kaunter U untuk drob baggage..

Sambil tu aku tengoklah gelagat-gelagat manusia macam-macam ragam...ada yang tengah selongkar beg keluarkan baju-baju pindah ke beg lain...rasanya sebab terlebih berat..ada yang ke hulur ke hilir tak tau nak pergi arah mana dulu...tu tak termasuk geng-geng bangla, geng-geng india yang nak balik ke negara asal dengan berkotak-kotak barang...entah-entah orang lain pandang aku pun macam tu jugak kan...

Kepada korang yang baru first time nak berurusan di KLIA2, aku nasihatka datang la awal-awal yer...at least 3 jam sebelum berlepas dah ada kat sana...senang kalau silap ke apa masih ada banyak masa lagi...


Tengah menunggu turn nak drop baggage..satu beg besar tu je yang nak masuk kargo..yang lain semua hand carry...dah timbang beg  total berat 26kg...rugi je..aku dahla booking total 40kg...bayor tu...

Bila dah buat document check dan drop beg....kena melepasi kaunter immigration dulu..


Yei..dah lepas immigration...jalan menuju ke Gate Q..tak larat jalan, boleh naik escalator..jauh sangat nak berjalan ke boarding gate...sebab tu kena datang awal yer..


Sebelum tu, singgah dulu surau tunggu subuh..husband tengah cek waktu subuh dah masuk ke belum...


Khasif Aleesya biasala...happy dengan dunia dia...


Tuan blog berselfie sebelum solat subuh...dah solat, aku sempat singgah McD kejap beli breakfast 1 set untuk Khasif...hahaha...untuk anak ke untuk diri sendiri....

Lepas tu bergegas-gegas ke jalan menuju ke Boarding Gate Q7 untuk penerbangan ke Krabi.. sebelum sampai Gate Q7, kena melepasi Security Check dulu..penat giler nak boleh sampai ke boarding gate kat KLIA2 ni..aku rasa dah macam marathon satu airport...


Dah sampai di depan Gate Q7..sambil menunggu untuk dipanggil, kami breakfast dulu sket-sket sorang..dah sampai sini baru la husband aku mesej inform kat family dia nak bercuti ke luar negara..amboi...luar negara la sangat...hahaha...


Finally..tepat pukul 7 pagi flight berlepas meninggalkan bumi Malaysia yang kucintai...bye-bye Malaysia...


Cahaya fajar di ufuk timur...

Nanti aku sambung lagi yer......kap kun kappp.....

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...