26 August 2015

Sawadeeekap....Holiday Krabi - Part 4

Assalamualaikum...

Hari kedua di Krabi, lebih kurang pukul 4.40 pagi aku terjaga ...cepat-cepat bangun sebab nak jamak isyak dan magrib yang malam tadi punya..huhuhu...jangan contohi aku...T_T

Aku jadi macam tu sebab malam tadi tu mengantuk sangat-sangat sampai tak sedar dah terlena..husband kejut pun aku tak sedar..

After solat, tengok-tengok husband dah celik mata..dia terjaga sebab nak ke toilet..kat sana malam-malam hujan so cuaca agak sejuk....kebarangkalian nak terkucil waktu-waktu tengah tidor adalah tinggi..hehehe...

Aku baru nak naik katil...husband cakap jangan tidor dulu..subuh dah dekat..lagi 10 minit je lagi...siap solat subuh, tak sedar pukul berapa aku tertidor balik...

Tup-tup husband kejutkan aku...

"Yang..yang..cepat bangun..dah pukul 7.50 ni..."

Ha?? Matila kena tinggal..pukul 8.30 dah kena ada kat lobby orang nak datang pickup...bangun cepat-cepat masuk bilik air nak mandi..

Walaupun pagi tu nak gi mandi-manda kat pulau, aku tetap mandi jugak okey..Khasif cam biasa...babah dia tolong mandikan...


8.40 pagi kami dah ada kat lobby..hebat tak? hahaha...Khasif aku pakaikan terus baju mandi...senang takyah nak tukar-tukar dah sampai sana nanti..cuma pakaikan seluar dan jaket sekali sebab  cuaca pagi sejuk lagi...


Aku dengan husband pun dah siap-siap pakai baju mandi dan tudung basahan...towel boleh amik kat lobby pinjam hotel punya..dah balik nanti pulangkan balik.. .sorry yer gambar tak clear sebab si kecik tu main snap je...


Duduk kat lobby hotel kejap sementara menunggu agen datang pickup...sempat ajar dia guna kamera dulu...


Guest yang lain pun mostly tengah menunggu kedatangan agen masing-masing...

Agen sampai, mula-mula dia tengok dulu resit booking..tak semua agen sama...lepas dah confirm betul, dia bagi setiap orang sticker bernombor, kena tampal kat baju..nombor tu adalah nombor boat nak ke pulau nanti..kami bertiga dapat no. 15....

5 minit lepas tu...dia pun panggil orang pakai no. 15, 16 dan 17 suruh keluar...transport dah sampai....

Jeng..jeng...jeng...


Hahaha...inilah dia transport yang datang pickup kami nak ke jetty...naik trak..ko mampu naik trak kat malaysia? kalau kat malaysia ni mesti orang ingat pendatang haram kena tangkap...


Atas trak...masing-masing duduk mengadap...aku yang dah macam makcik-makcik pakai tudung gini...


Sepanjang perjalanan ke Jetty..


Rambut kusut masai di tiup angin...


Yei...sampai sudah...kami dah rasa naik trak..

Tapi yang tak bestnya, kami tak sempat nak breakfast...memang hotel includes breakfast tapi tak niat pun nak makan kat hotel sebab tak halal..konon-konon nak makan kat kedai halal dekat dengan hotel tu..tapi apakan daya terlajak tidor....dan yang paling kesian, aku terlupa nak bawak bekal biskut dan air kotak Khasif...tertinggal kat hotel..kesian anak aku kena berlapar...


Perjalanan dari hotel ke jetty takde la lama sangat...lebih kurang 10 minit gitu je...


Lepas dah turun trak, kena berkumpul dulu kat bawah pokok sana...masing-masing berkumpul ikut nombor boat...


Sibuk main snappy dengan babah..aku kat belakang sana tengah risau kenapa group lain elok je duduk satu tempat...siap ada orang entertain lagi..yang group aku ni dah berterabur..sorang ke sana, sorang ke sini...agen yang datang pickup tadi pun tak tau ke mana..risau...


Tak lama lepas tu ada la sorang petugas datang entertain..no.15 berkumpul satu tempat...suruh isi nama dan hotel..untuk memudahkan urusan masa nak hantar balik ke hotel nanti...

Kat belakang aku 3 orang chinese tu pun satu bot dengan aku..diaorang dari China...baik sangat-sangat...tapi masa ni tak bertegur sapa lagi...
 

Ni pun group bot aku..sepatutnya lepas dah berkumpul dah boleh gerak ke bot..tapi memandangkan ada yang tak sampai lagi, so terpaksa la menunggu lagi...


Group perempuan ni pun dari China...geng makcik-makcik yang bawak anak-anak bercuti...tapi geng diaorang ni lain sket dengan yang kat atas tadi...jenis cakap kuat dan kecoh tak tentu pasal..


Lama jugak  menunggu...ada yang sempat jalan-jalan tepi pantai dulu...aku doa sangat-sangat moga cuaca hari tu baik..jangan la hujan lebat...

Baru je aku doa, tiba-tiba hujan turun..huhu...dah la lupa nak bawak baju hujan...payung Khasif yang husband beli khas untuk dia pun terlupa nak bawak...tapi takpela...alang-alang dah nak ke pulau, biarla basah pun...nanti basah jugak..

Orang lain ada yang dah prepare baju hujan siap-saip...ada yang macam aku jugak, takde baju hujan..tapi yang tak tahan tu, ada yang sempat lagi lari gi beli baju hujan...bila yang ditunggu tadi dah sampai, baru je nak jalan ke jetty tengok-tengok ada yang hilang...rupanya gi cari baju hujan..satu hal plak nak kena menunggu lagi..aku masa tu badmood gakla kejap...apa hal takut sangat dengan air ni...

Lepas tu berjalan dalam group menuju ke jetty tempat nak naik bot...

Kat sini lah jetty tempat naik bot..sorry gambar tak clear sebab aku amik kat google je..



Pukul 9.50 baru dapat naik bot..gara-gara menunggu orang takut kena hujan...hehehe...

Kesian sangat chinese yang kat sebelah aku ni..dia ni yang 3 orang dari China ada dalam gambar kat atas tadi..mula-mula masa naik bot tu, dia slow sangat..nak duduk pun pun macam geli-geli takut baju kena air..aku dengan husband ni sindir la sket-sket..apa la mamat ni nak geli-geli..berani la sebab sebab dia kan tak faham..

Lepas tu baru la kami perasan yang dia ni lain sket..jenis slow je..dia datang bercuti pun dengan kakak..yang baju belang-belang tu kakak dia...mana kakak dia pergi, dia ikut..tapi aku tengok husband/ bf kakak dia tu bagus gak..layan je dia....aku suka dengan couple 2 orang tu..walaupun berlainan bangsa dan negara tapi selalu senyum dan humble je..jenis tak sombong..

Lepas dah sedar keadaan dia macam tu baru la timbul rasa bersalah..huhuhu...kesian dia..so lesson learn, jangan terlalu cepat menilai orang..


Geng-geng lelaki 5 orang dari belakang pakai topi aku tak sure dari mana..rasanya macam belah-belah latin..cei suka-suki je ko cakap dari latin entah-entah dari perancis..hehehe..belasah je la..tapi yang pasti ada sorang very style castello sangat..


Belakang sana pakcik, makcik dan anak-anak mereka dari malaysia..satu hotel dengan aku jugak..tapi tak pernah bertegur sapa...

Perempuan yang pakai topi tu mula-mula aku ingat group dari china jugak..rupanya-rupanya cina Indonesia..pun datang dengan family..


Ha..yang group ni special...geng makcik-makcik dengan anak-anak...belum naik bot bising, dah naik bot pun bising...tau kan diaorang yang jenis cakap kuat tak kisah orang sekeliling..aku tak taula apa yang havoc sangat..masa kat atas bot kecoh sebab anak-anak tak cukup tempat..so geng anak-anak kena duduk kat belah depan..tu yang tepi driver tu salah sorang dari mereka..selamba je dia...^_^

Sambil-sambil tu sempat bertegur sapa dengan couple chinese tu..masa tu la tau dia dari china..


Bot bergerak meninggalkan jetty..mula-mula perjalanan ok smooth je...dah 10 minit lepas tu masyaAllah...mula-mula start hujan..lepas tu start la ombak kuat...bot apa lagi turun naik turun naik la melawan ombak...

Waa! kejap menjerit...datang lagi ombak...debush....waa! menjerit lagi...serius...aku walaupun nampak tenang tapi dalam hati risau jugak...takut bot pecah la...takut bot terbalik...ish..mintak jauh sangat-sangat...


Husband yang dah start mabuk dan pening...hehe..camne orang kerja kat laut tapi mabuk laut...

Budak chinese yang duk depan datang duk sebelah aku sebab takut...


Tak lama lepas tu si kecik ni plak start pening..nampak muka dia? hehehe...tapi aku lega sangat-sangat..walaupun dia rasa something tapi dia tak buat perangai..dia duduk diam je menahan rasa...

Sampaikan chinese couple yang baik tu pun senyum je tengok Khasif..siap snap gambar Khasif lagi tu...

Masa bot tengah melawan ombak, semua pun diam...termasukla geng-geng makcik chinese tadi...takde dah bunyi sembang-sembang..di ganti dengan bunyi menjerit plak..


Bila dah dekat nak sampai pulau tu, baru la keadaan kembali normal..bot dah bergerak cam biasa...dah takde ombak kuat lagi..aku cuba nak snappy pula-pulau kat luar tu tapi tak berjaya..tak nampak sebab ada dinding..

Inilah kelemahan kalau naik speed boat..lepas tu dudud plak belah kat depan..kalau duk belakang aku rasa boleh je nak snappy sebab tak lindung dinding..dan kalau duduk belakang impak melambung tu agak kurang sket..

Kalau rasa-rasa nak layan view, tak kisah perjalanan ke pulau tu slow..dipersilakan naik long tail boat..murah pun murah...tapi takdela slow sangat macam sampan tu...cuma takla dia pecut macam speedboat tu...


Lebih kurang 25minit perjalanan, maka tiba la ke pulau pertama iaitu Tup Island..kat pulau ni kami diberi masa 30 minit untuk buat aktiviti masing-masing.

Mata hampir masuk pasir tapi belum masuk lagi...


 Budak yang suka pantai...


Happy benor dia dapat pijak pasir pantai...


Main kat gigi-gigi air dulu... 
 

Apa yang korang nampak? 
Hahaha...husband cakap best la dia tak perlu pakai pelampung....


Pakat duk snappy dengan macam-macam gaya..

Air laut yang biru...


 Mandi tak berapa nak mandi..cuma berendam..


Ajak naik, taknak..nak swimming macam budak sebelah...
 

Snorkeling di tepian pantai..


Selfie..jangan tak selfie....


Tak lama lepas tu aku cam pelik...ni je ke? 
Memangla view cantik jugak..tapi macam kecik je kawasan ni...
Lama-lama aku perasan bot makin banyak, tapi orang makin takde...diaorang ke mana?


Rupa-rupanya Tup Island yang betul-betul cantik ada kat belakang sana....kena jalan sket melalui kawasan yang berbatu karang...awat tak habaq kat chek kena pi belakang sana? 


Barula betul Tup Island..rupanya di sebalik pulau tadi ada tersembunyi pulau yang lebih cantik...


Semua orang datang ke sini, camne aku ketinggalan tak tau...


Apa yang pasti, pemandangan kat sini cukup indah dengan pasir pantai yang memutih...

Tapi cuaca la kejap ok kejap redup cam nak hujan..so gambar pun tak cantik macam musim panas...


Tup Island yang menyambungkan dua buah pulau..

Tapi kan ok gakla cuaca tak panas sangat..kalau panas sangat pun aku risau takut Khasif demam...


Long tail boat...

Berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan di Tup Island...


Apa yang menarik kat pulau ni ialah bila air surut, kita boleh berjalan cross laut untuk sampai ke pulau satu lagi...


Nampak sebelah sana ada pulau besar..kalau tak silap aku sebelah sana tu Chicken Island...


Ada je yang berani berjalan nak ke seberang sana..

Tapi memandangkan air tak berapa nak surut sangat, husband taknak amik risiko...


Aku tak sure waktu bila air akan surut betul..petang ke atau pagi ke..tapi masa aku kat sini tak berapa low tide sangat...



So kami cuma habiskan masa kat Tup Island sahaja..


Peace...


Kami berdua lagi....

Air yang biru..


Tup Island...

Tangan dah kotor sebab sibuk nak main pasir...


Longtail boat...


Geng-geng castello tengah mandi manda....


Memori bertiga di Tup Island..


Excited....


Gambar terakhir kami bertiga sebelum naik ke bot..


Selepas 30 minit, berkumpul balik dekat boat..masa ni boat aku takde..pergi mana ntah...


Menunggu dengan penuh sabar...


Longtail boat yang meriah dengan kain warna warni...


Lebih kurang 5 minit menunggu, bot pun sampai...nak panjat tangga speedboat pun satu cabaran jugak sebenarnya..boat bergerak terhuyung hayang mengikut arus ombak..lebih-lebih lagi kalau dukung anak kecil bawah 3 tahun..kena lebih berhati-hati...

Cam biasa la...masa dalam bot orang lain diam je...tapi group makcik-makcik chinese dan anak mereka riuh rendah bagai ada kenduri dalam bot..nak join skali boleh?

Bersambung.... 

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...