15 April 2011

Gangguan Lelaki Gila Seks..

Wahai semua kaum perempuan di luar sana...tolong berhati-hati dengan LELAKI GILA SEKS..mereka boleh berada di mana-mana sahaja tanpa jangkaan kita..dalam lrt, dalam bas, dalam kedai atau di tempat parking kereta...


Apa yang saya nak citer kali ni baru saja berlaku waktu saya keluar makan tengahari tadi...memang tak terlintas lansung selama ni saya akan jumpa dengan makhluk keji mcm tu..tadi alkisahnya saya keluar makan dengan kak ina kat tesco extra shah alam..dah habis makan jalan-jalan kejap dalam tesco tu sebab kak ina nak beli barang sket..lepas dah bayar, terus gerak ke tempat parking kereta...


Kebetulan saya parking kereta agak hujung sket lah dari pintu masuk sebab kat area depan-depan ni parking dah penuh..dari jauh saya nampak ada sebuah van parking kat sebelah kereta saya (sebelah bahagian pemandu)..tapi kereta dia parking bertentangan arah dengan kereta saya..so bahagian pemandu dia tu berada sebelah saya lah...pintu tingkap dia terbukak luas..


Bila sampai kat kereta...saya jalan nak gi bukak pintu kat bahagian pemandu..saya perasan ada sorang laki duk dalam van tu kat bahagian pemandu duk pandang-pandang saya..dari ekor mata saya nampak dia dah siap sedia angkat baju dan keluarkan ANU jijik dia tu..tangan plak duk pegang ANU. memang saya tak tengok betul-betul dalam van dia tapi dah lalu sebelah..tingkap terbukak luas..seat bahagian pemandu van kan tinggi..giler tak nampak??? Astagfirullahalazim...rupanya lelaki tu dari jauh dah nampak kami nak gi kat kereta..dia memang dah bersiap sedia dari awal..bayangkan masa tu azan tengah berkumandang..


Ya Allah..saya masuk cepat-cepat dalam kereta..terus kunci pintu..takut dia keluar berdiri sebelah saya..tak ke naya. kak ina masa tu tak tau lelaki tu gila seks cuma kak ina cakap...


"has dah kunci pintu belum? lelaki tu duk pandang-pandang kita".

sambil start kereta cepat-cepat saya bagitau kak ina,
"kak ina..lelaki tu gila seks.dia tunjuk anu dia.."


"ha??!!! cepat has!! dia duk makin ligat duk pandang kita tu..kepala dia keluar dari tingkap dah" kak ina start kelam kabut dah...


Tangan saya ketar giler masa tu...yelah..terkejut weii tiba-tiba nampak benda tak senonoh mcm tu...


"kak ina buat biasa je..jangan pandang dia..anggap kita tak tau"


Tekan minyak cepat-cepat blah dari situ...saya tak tau sejauh mana dia duk tarik perhatian supaya kami tengok dia tapi yang pasti saya memang tak pandang lansung lelaki tu...kak ina cakap macam lelaki yang dah berumur...SIOT je jantan gila seks ni...kalau rasa dah tak tahan sangat gi lah cari rumah pelacuran yang boleh puaskan nafsu serakah tu..rasa hebat sangatlah tu boleh ganggu perempuan dengan cara macam tu.erk..tak malu ke tunjuk kemaluan awak tu kat orang? GILA..


Sebenarnya bahaya kalau jumpa atau lelaki gila seks ni...lebih-lebih lagi kalau perempuan yang jalan sorang-sorang...bila-bila masa je mereka ni boleh tarik kita masuk mana-mana tempat yang tersorok...nauzubillah mintak jauhlah benda buruk macam tu...tadi saya bernasib baik sebab kak ina ada sekali...kalau kak ina takde, tak taulah...


Kalau dia tarik masuk van memang takde orang boleh nampak sebab kedudukan kereta jauh sket..masa tu plak takde orang kat situ....isshhh..ngeri..patutlah kes perkosa dan kes rogol semakin berleluasa sekarang...mereka-mereka ni lah pemangsa yang berlegar-legar diluar sana sedang mencari mangsa...


Sedikit nasihat untuk wanita-wanita di luar sana termasuk saya sendiri...sentiasalah berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling..elakkan berjalan seorang diri di tempat yang takde orang..kalau sorang-sorang cuba cari parking kereta lebih dekat dengan pintu masuk...mereka ni sangat berbahaya dan anda mesti jauhkan diri dengan segera kalau terjumpa, ternampak mereka demi keselamatan, maruah dan harga diri..


#nota kaki-mata saya sudah tercemar...=(

3 comments:

  1. ish3..pndai plak cari port..myb pnas kot..sbb 2 kne kuarkn..hehe

    Entri bes kat sini Sikap Pemandu Malaysia | Stereng Kereta Bukan 1 Isyarat

    ReplyDelete
  2. Buat pengetahuan kak has saya pun penah kena kaco gak ngan lelaki gila seks ni..
    Masa tu saya kat Angsana Jb..Saya baru umo 15 tahun
    Masa jenjalan tue saya nampak satu laki tua ni dok pegang hp.Saya x pikir papelah but then saya nampak die bukak video ***** kebetulan saya ngan ayah so saya x takut lah
    Tapi pastu die lagi berani boleh die tunjuk anu die kat saya siap angkat baju lagi tu..
    kebtulan ayah saya jln kat belakang so ayah x nmpklah
    saya diam jek..pastu pelan2 saya cabut..Sebab kebetulan kat dlm angsan tu lengang kos semua org ngah beli kuih kat luar angsana masa tu bulan puasa..
    mak,akak ngan abg saya kat belakang.
    Lepas jek nmpk laki gila seks tue saya pun gi kat abg saya trus peluk lengan die
    Sumpah jantung rsa nak tercabut jek time tu...
    Ye arh saya x penah kena kaco camni kan..
    Oklah saja nak kongsi citer..

    ReplyDelete
  3. tips,para gadis memandu jangan pergi kereta ,minta bantuan pengawal untuk teman anda ke kereta dan mainkan alarm sebanyak mungkin hingga tarik perhatian orang awam.

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...