~ 4 March 2013 ~
Selamat Hari Lahir buat suamiku insan yang paling dicintai, dikasihi dan disayangi....abang adalah suami, pasangan dan sahabat terbaik yang pernah sayang ada..sayang doakan abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya...
Jutaan terima kasih diucapkan kerana perhatian dan kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi untuk kami berdua...walaupun kita selalu berjauhan, tapi abang tak pernah lupa untuk bertanya khabar setiap hari..perhatian abang terhadap sayang tak pernah berubah baik sebelum kawin ataupun selepas kawin..malah semakin bertambah-tambah...terima kasih abang..
Sayang doakan abang sentiasa menjadi hamba yang beriman kepada Allah, jadi anak yang solleh kepada mak dan ayah, jadi suami dan babah yang mithali..semoga abang berjaya di dunia mahupun di akhirat..semoga abang terus jadi babah yang terbaik untuk Khasif dan suami yang terbaik untuk sayang...
Jika ditakdirkan sayang yang pergi dulu, sayang harap abang jaga lah
Khasif kita sebaik mungkin..sayangi Khasif seperti mana abang sayangkan
sayang...dekatkan Khasif dengan kedua-dua keluarga, baik keluarga abang
mahupun keluarga sayang..
Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini pilihan mu di Arash,
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkan lah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia Mu
Peliaharalah tingkah laku ku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya
Amin....
Thanks sayang..terharu abang baca..tapi jgn tulis macam tu..kita besarkan Khasif sama2 ok sayang..LOVE U...
ReplyDeletechomelnya baby....nak puji en suami tak bley takut akak marah..hahaha...=D
ReplyDeletenini nak puji boleh tapi dalam hati je...hahaha...^_^
Deleteapalah yg bby tu pkirkn tuh...kerut² kening dia..hehehe
ReplyDeleteepi besday utk suami has...moga kebahagiaan korang berpanjangan hingga akhir hayat...
thanks ena..baby memang suka kerut kening..fikir masalah negara katanya..:)
ReplyDelete