29 August 2012

Raya Tapi Berjauhan...

Assalamualaikum.....

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikan hari yang penuh bermakna ini...dikesempatan ini saya ingin memohon maaf andai pernah tersilap kata atau terkasar bahasa dengan sesiapa saja yang mengenali diri ini...

Hari ni dah masuk 11 Syawal tapi saya baru saja nak start bercerita tentang raya..takpelah lambat sket kan asalkan ada dari takde lansung...

Raya tahun ni saya antara warga kota yang balik ke kampung awal sedikit dari orang lain...14 August saya dan husband dah bergerak balik ke Terengganu...awal kan...saya terpaksa apply cuti awal disebabkan jadual kerja husband...

Tahun ini adalah tahun ketiga kami beraya sebagai suami isteri tapi tahun ini adalah tahun pertama kami raya berjauhan...husband terpaksa travel pergi kerja 2 hari sebelum raya menjelang tiba..so sebelum raya kami amik keputusan balik awal sikit...

Pagi Jumaat, 2 hari sebelum raya..saya bersama-sama mak (MIL), ayah (FIL), adik ipar dan anak buah husband ke airport kerteh hantar my lovely hubby pergi kerja...
Husband tengah uruskan beg sebelum check in...kat belakang sana ramai jugak crew-crew offshore lain yang tak dapat beraya tahun ni...
Husband tengah beratur untuk check in kat kaunter...sayu sangat dalam hati tengok dia terpaksa pergi kerja dah dekat-dekat nak raya...sabar-sabar jangan nangis malu orang tengok..


Gambar berdua kami sebelum saya berangkat balik ke rumah..kalau ikut nak tunggu sampai husband masuk dalam dulu tapi disebabkan my FIL ada kerja kat rumah, so terpaksa mintak diri dulu...sob sob sob...baby dalam perut nangis sebab ibu kena raya sorang-sorang...huhu....

Raya kedua, husband email gambar dia beraya di sana..baju melayu recycle baju lama...dia taknak beli baju baru...nampak dia plak happy beraya kat sana..

Takbir raya di pagi hari raya ditengah lautan...




Husband bersama kawan-kawan yang sama satu nasib dengan dia tak dapat beraya dirumah...happy je...

Ketupat, lemang, rendang semua ada..takde beza pun dengan kita yang boleh beraya kat rumah ni..cuma sedap dengan tak jelah...air tangan mak dan isteri sendiri mana sama dengan air tangan tukang masak...walau hebat mana pun tukang masak tu tapi bila hari raya tetap nak makan masakan mak..betul tak...(^_^)

Husband balik hari raya ke 7..sedih tau beraya sorang-sorang lebih-lebih lagi bawak perut yang makin hari makin besar...saya memang tak snap gambar lansung raya kali ni...takde mood..perut pun asyik tak selesa tiap kali makan...asyik masuk angin..makan lebih sket masuk angin...tapi saya tetap bersyukur jugak sebab masih diberi kesempatan untuk meraikan hari raya yang mulia..alhamdulillah...

Semoga tahun depan kami suami isteri dapat beraya bersama dengan baby yang akan lahir tak lama lagi..ada baby mesti lagi meriah time raya kan..isnyaallah...

4 comments:

  1. alaaa...cedeynyer
    takpe...thn depan mesti dapat raya bersama ngn baby lagi kan...

    ReplyDelete
  2. sama la kita.tak dapat raya dengan hubby tahun ni :)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya! Sian... raya tanpa suami dicc. Follow u back!

    ReplyDelete
  4. Ena- sedih jugaklah sket-sket time pagi raya tu..hehe..harapnya macam tulah, tahun depan boleh raya bertiga..(^_^)

    Nik ros-ala...senasib lah kita yer..kita serupa...takpe, next year qada' balik...

    AinSophian- Selamat Hari Raya..thanks sebab sudi follow me back.

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...