17 October 2012

Bersabarlah Wahai Hati....

Ya Allah...
Luruskanlah hatiku, bersihkanlah hatiku..
Tetapkanlah hatiku supaya dapat menempuh ujian  yang menipu daya..

Ya Allah kau yang menjaga hatiku...
Bersihkanlah hatiku supaya mazmumahku tidak merosakkan agamaku..
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain...
Kuatkanlah hatiku..
Semoga keyakinanku teguh dan tidak mudah berubah...

Ya Allah..
Rasakanlah dalam hatiku sentiasa bersamaMu..
Supaya aku sentiasa rasa ada teman yang melindungiku..
Supaya aku tidak sepi di dalam hidupku..
Supaya aku rasa malu melanggar suruhanMu..
Dan aku siap siaga menunaikan perintahMu..

Wahai Tuhanku...
Baikilah hatiku supaya baik agamaku...
Supaya tiada khianat, tiada hasad dengki dan tiada dendam sesama manusia...
Limpahkanlah dalam hatiku ilmu dan hikmah...
Supaya dapat menyuluh hatiku dan kehidupanku...
Supaya zahir dan batinku sentiasa bersyariat dan sentiasa taat...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jadikanlah aku hamba yang sentiasa tenang dan tabah dalam setiap ujianMu...
Penuhkanlah dadaku dengan kesabaran yang tinggi...
Tabahkanlah hatiku...
Sesungguhnya redha dari Mu sudah cukup bagiku...

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...