Assalamualaikum....
Lama giler kan saya tak update blog...lepas pindah rumah awal bulan hari tu, saya dah tak larat nak mengupdate..snap gambar bukan main banyak tapi blog berhabuk...hehe..
Sebenarnya keadaan fizikal dah tak berapa nak mengizinkan...dah sarat..lagi-lagi kalau malam rasa macam nak baring je..malas nak mengadap laptop...rumah pun tak habis berkemas ok..
Direct to the point, hari ni nak citer pasal majlis solat hajat untuk saya dan baby dalam kandungan...kalau orang dulu majlis lenggang perutlah kiranya..tapi saya tak buatlah lenggang perut tu..nanti jadi amalan kurafat plak..kalau orang bandar moden plak, sekarang dah ramai buat majlis baby shower...
BABY SHOWER yang saya tau maksudnya majlis untuk meraikan bakal ibu yang mengandung anak sulung..majlis dibuat ketika usia kandungan mencecah tujuh hingga lapan bulan. bakal ibu akan disirami/ diberi pelbagai hadiah oleh tetamu yang datang...lebih kurang macam parti...entahlah nak komen lebih-lebih takut plak ada yang tak setuju......
On the way balik masa kt highway tu, husband mengantuk...ish....dia kan kalau drive jauh-jauh mesti mengantuk..padahal baru pukul 8 pagi kut...macam-macamlah saya buat nak bagi dia hilang mengantuk...bagi minum, bagi makan gula-gula, urut tengkuk, cubit paha tapi tak jalan jugak...dia hilang sekejap je lepas tu mengantuk balik....
Last-last stop kat RNR, bagi husband tido sekejap...kononya nak bagi dia tidolah kan..saya belek-belek baca buku..last-last dengan bini sekali tertido..bila terjaga, tengok-tengok ada 3 buah lagi kereta sebelah kami yang berhenti tido jugak...oo rupanya ramai jugak yang mengantuk drive keta pagi-pagi ni ek..husband pun dah segar lepas dapat tido setengah jam...lebih kurang pukul 9.30 pagi teruskan perjalanan ke Terengganu....
Eh terpanjang plak citer yang tak berkaitan...okey, berbalik pada tajuk...majlis solat hajat start lepas semayang jumaat..mak dan ayah panggil sedara terdekat dan orang-orang kampung area situ je..persiapan sebelum majlis start awal pagi lagi...
Nampak tak orang tu? alah...yang duduk pakai baju merah tu tengah buat keje tu..?
Haa...yang inilah...kenal tak sape? it's me..(^_^). .mak buyung tengah sarat 34 minggu...buat keje dengan makcik-makcik yang datang tolong mak kat dapur...nak berbual rancak tak pandai sangat..hehe....cuma jawab soalan yang mereka tanya...
Kat luar rumah tengah bersiap sedia nak masak...ayah (my FIL) tengah bagi arahan kut..hehe...takdelah....biasalah kan tuan rumah mesti nak kena pastikan semuanya berjalan lancar...
Dalam sibuk-sibuk tu, budak kecik Aini pun sibuk jugak...sibuk nak makan...(^_^). kalau orang makan tapi tak suap dia, mulalah dia keluarkan senjata comel..."aaaahh" "aaahhh"...so cute lah baby Aini ni...
Masa ni dah tengahari sket dah...dah ramai yang datang menolong...my husband antara orang kuat hari tu...ye ke...hahaha....
Sakit pinggang sebab tu pegang pinggang..hehe....see budak tomei Aini..baru 7 bulan dah makan pulut kuning...kelas you..eh, takde gambar ibu dan ayah dia saya nak letak sekali...nanti entry lain saya letak...
Masuk tengahari saya dah tak larat dah nak bersila kat dapur..rehat kat ruang tamu plak...husband adalah peneman setia...
Sempat lagi kami posing orang lain tengah bz kat dapur...haha...
Nak gi mana tu dik? my SIL, Sa antara orang kuat jugak hari tu...thank you dear....:)
Majlis solat hajat start after solat jumaat..lepas tu makan-makan....tiba-tiba time makan ramai plak tetamu..mak dah risau takut tak cukup lauk...
Tapi itu perasaan mak je..lauk lebih dari cukup..semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...
Inilah dia my MIL, mak yang jadi orang paling sibuk hari tu...ketua chef...hehe...masa ni majlis dah beransur selesai..mak tengah bungkus lauk yang lebih untuk diagih pada sedara terdekat...
Baby dalam perut belum keluar tapi dah ayun buai...anak siapa plak? baju tak sama color dengan husband....huhu....
Siapa lagi kalau bukan budak comel Aini...baru bukak mata...sekejap je dia tido...ibunya tengah bz...
Kak Chik, one of my niece sebelah husband...amboi ayu sungguh lah dia...kalau macam tu selalu kan bagus...
Baby Aini sudah bangun..."aaahh".."aaahhh" dia bunyi suruh orang angkat dari buai...bangun-bangun terus posing depan kamera...pandai betul budak kecik ni...saya plak? makin bam bam macam kena pam...huhu...
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...dah petang pun ada lagi sedara belah mak dan ayah datang makan...husband cakap sebelum start majlis solat hajat tu, pak imam tanya nama penuh saya..saya tak percaya...entah betuk ke tidak.....nak percaya tapi macam susah nak percaya....hahaha.....
Sedikit informasi tentang MELENGGANG PERUT.
Satu adat yang dijalankan keatas ibu mengandung lebih kurang 7 bulan jugak..tujuannya untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya iaitu dipintu rahim..upacara ni dilakukan oleh tok bidan..
Yang saya tau dari pembacaan , acara ni mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Lepas tu, kelapa yang sudah dikupas akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh, kelapa tadi akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu sambil diperhatikan oleh tok bidan. Tok bidan akan perhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa menghala ke atas, ibu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan..
pernah dgr jer...sbb family nieyl x penah lak buat...
ReplyDeletenieyl-family has pun tak buat jugak lenggang perut..cm buat solat hajat je..rasanya dah takde kut org buat zmn sekarang ni..
ReplyDelete