04 February 2014

Avillion Hotel Port Dickson, Jalan-Jalan Santai- Part 5

Assalamualaikum wbt...

Maka tiba lah part yang terakhir kisah percutian PD tempoh hari....yahooo...cukuplah 5 part je...banyak-banyak sangat kang ada yang termuntoh plak..hehe....

Dan disebabkan ini adalah part yang terakhir, maka gambar pun akan banyak la sket...korang bertahan yer... (^_^)


Dah siap mandi, pukul 9 lebih kami keluar jalan-jalan tengok kawasan hotel..petang semalam kan tak sempat round betul-betul...


Lenggang- lenggang kangkung....kangkung ditepi paya....kangkung?? opss..sorry silap lagu...huhu.....akak nak bawak anak round-round pusing kawasan ni....


Jom semua ikut Khasif jalan-jalan tengok kawasan hotel...khasif pun first time jugak datang sini...(^_^)


Avi Spa...tempat untuk memanjakan diri...harga bergantung pada rawatan yang anda pilih...


Nature Walk...berjalan sambil menikmati keindahan alam semula jadi...


Menuju ke mana?


Menuju ke sini...Pantai Tumasek..private beach untuk penghuni hotel sahaja...pukul 10 dah panas macam pukul 1 tengahari...ada je yang tengah berendam, berjemur kat pantai masa ni..

Secara jujurnya saya tak turun pun kat area pantai sebab pasir dia tak sama macam pasir pantai yang selalu saya tengok...pasir pantai sini agak berdebu..risau plak nak bawak khasif main tepi pantai...


Sejarah tentang Pantai Tumasek...



Tempat duduk berhadapan dengan pantai...layan update blog kat sini petang-petang best gak kan...(^_^)


Eh...jumpa lagi cik merak...tengah buat apa dalam semak tu?


Cik merak pun nak interframe masuk blog jugak...cantik tak Kak Rak?? 


Ala...masamnya muka....agaknya letih semalam tak habis lagi...dah kena paksa jalan-jalan plak...


Hingga hujung nyawa...InsyaAllah....


Sesekali dapat berjalan santai kat taman macam ni rasa tenang je fikiran...boleh release tension...okey, saya tau ayat tu bunyik agak poyo di situ tapi itulah kenyataannya...jujur itu penting...(^_^)


Dah puas jalan-jalan, bawak Khasif masuk Pet Farm tengok binatang...yang paling mendapat perhatian sudah tentulah si rabbit...tengok rabbit tu siap nak kiss Khasif tu..gataiiii........


Aktiviti utama ialah bagi haiwan makan...berani jugak si kecik ni bagi rabbit makan...selain rabbit, ayam dan kura-kura pun ada...

Waktu untuk bagi makanan ialah pukul 10-11 pagi tiap-tiap hari...sebelum dan selepas waktu tu sila tengok dari luar sahaja...

Oh yer...dalam banyak-banyak tempat, sebesar-besar malaysia ni...boleh plak husband terjumpa dengan kawan zaman study UTM dulu dalam kandang haiwan...dahlah masing-masing pegang anak tengah bagi haiwan makan...eh? ko pun cuti sini.....bla....bla......

Itu namanya Reunion Pet Farm....(^_^)

Dah puas kat kandang, balik bilik packing bag dan bersiap untuk check out...

Masa nak naik gi lobi hotel untuk check out, lif plak rosak...dahlah lif tu satu je....beg kiri kanan, pelampung, bola dan khasif yang seberat 12kg itu..bayangkan kami nak angkat benda tu semua naik tingkat 3...boleh tahan jugaklah penatnyer....

"Tula abang..dah cakap dah sebelum keluar bilik panggil staff angkat beg...kita kan bayar servis charge..." membebel si bini yang kepenatan ini...huhu....

Pukul 12 selamat check out....

Secara keseluruhannya, bagi saya Avillion ni memang antara hotel yang best yang pernah saya stay..maybe sebab suasana dan persekitaran dia berbeza...banyak aktiviti santai yang boleh kita buat tak perlu keluar dari hotel...

Malangya percutian 2 hari 1 malam kat sini boleh dikatakan tak cukup dan tak puas...rasa semua aktiviti nak kena rushing sebab nak cover semua tempat...

Kalau korang ada bajet lebih, bolehlah stay kat sini 3 hari 2 malam...

Dah itu sahaja citer kami sekeluarga di PD...jumpa lagi...

Wassalam....

1 comment:

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...