28 September 2010

Sinetron Terbaik..Tiap-Tiap Hari Mesti Tunggu...



"Apa lagi yang bisa ku lakukan untuk memuaskan hati mu? Jika syariat membolehkan, akan ku pakai air mata mu untuk berwudhuk.."
" Tuhan tidak pernah hilang..kitalah yang terpejam.Mata hati kita yang terpejam.."
"Dunia ini kerap mengecewakan.tapi bukan lantas kita harus menyalahkan Allah..kita saja yang tak keterampilan menjalani hidup di muka bumi ini.."
"Ibarat sinetron..ini hanyalah episod-episod panjang yang melelahkan tapi saaangat indah..jalani saja dengan tawakal dan senyum manis.."

Dialog kat atas ni adalah antara dialog-dialog yang terdapat dalam sinetron (drama) "Para Pencari Tuhan"..apa yang boleh saya tafsirkan kat sini ialah..BAHASANYA SANGAT INDAH..sebelum ni saya tak pernah berminat dengan drama-drama dari seberang..serius..selalunya drama yang tunjuk kat tv lagi-lagi TV3 saya memang tak kuasa nak tengok...kl sape-sape yang tengok citer dari seberang kat rumah, mesti saya suruh tukar channel lain cepat-cepat..banyak yang mengarut..

Tapi ntah camne..satu hari saya terbukak channel Oasis 106..masa tu saya sorang-sorang kat rumah..husband kat offshore..saya tertengok gelagat 3 orang pemuda yang sedang belajar azan dengan seorang pakcik penjaga surau..pakcik penjaga surau tu bawaklah mereka ke satu tempat dalam kebun..mula-mula pakcik tu yang azan..kemudian dia mintak salah seorang daripada pemuda tu melaungkan azan sama mcm dia buat tadi tu...maka, salah seorang pemuda tu pun azan..kl azan, mestilah kuat kan..kebetulan pada masa yang sama, ada sekumpulan petani tengah bekerja kat kebun..bila mereka dengar je azan tu, maka salah seorangnya ajaklah kawan-kawan tadi berjemaah bersama sebab mereka ingat waktu zuhur dah masuk..padahal masa tu masih awal lagi..


Saya dah gelak sorang-sorang dah masa tu..berbalik kepada 3 orang pemuda tadi iaitu Barong, Chelsea dan Juki bersama pakcik penjaga surau tadi dikenali sebagai Bang Jack..dah selesai berlatih azan..mereka pun berjalan balik ke surau...masa tengah berjalan tu, mereka berselisih dengan sekumpulan petani yang sedang sembahyang berjemaah..lalu tertanya-tanya lah mereka ni.."mereka solat apa ni? masih awal lagi kl semayang zuhur"..tiba-tiba semua terdiam..rupa-rupanya, fahamlah Bang Jack..ini semua angkara latihan azan tadi..cepat-cepat Bang Jack larikan diri dengan perasaan bersalah sambil 3 orang pemuda tadi masih terkebil-terkebil tak faham apa yang terjadi..


Bila tengok gelagat mereka masa tu, saya memang tak boleh tahan gelak...lucu bangat!!lagi-lagi bila tengok gelagat seorang pengawal yang bernama Udin..geli hati setiap kali tengok karakter dia..lurus bendul..boleh plak masa kena tanam hidup-hidup dalam kubur dia tak sedar..hahaha..watak lain yang saya suka tengok ialah Asrul seorang penganggur tapi ada ijazah..bila dia bercakap, bahasa yang dia guna tu..teratur dan tersusun..wahh..kagum sangat-sangat saya dengar..


Selepas tu, saya memang akan tunggu cerita "Para Pencari Tuhan" ni tiap-tiap petang..bila husband balik..saya btau husband cerita ni best..lepas tu tak sangka husband saya pun jadi penunggu setia cerita ni..Para Pencari Tuhan bukan setakat cerita lucu..tapi yang paling saya kagum dengan cerita ni sebabnya cara dia menyampaikan nasihat, pengajaran dan dakwah-dakwah agama...simple, mudah tapi sangat mendalam maksud dia..rugi siapa-siapa yang tak tengok cerita ni..lihat saja dialog-dialog yang saya selitkan di atas...sangat tinggi bahasa dia kan..memang terbaik..:)


Kalau nak tau betapa bestnya cerita ni..tengoklah sendiri kat Astro Oasis 106..cerita yang mengisahkan kesungguhan 3 pemuda yatim piatu,dulunya jauh dari Tuhan tapi belajar untuk mencari dan mendekati Tuhan..bergurukan seorang penjaga surau yang ada ilmu agama biasa-biasa saja tapi sanggup mebimbing mereka ke jalan yang benar...tak rugi lah kalau tengok cerita ni..:)..

1 comment:

  1. Salam dari seberang... penikmat ppt.. semoga terus ada tayangan yang mendidik seperti ini.. amin ya Rabb.

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...