18 March 2011

Entry Untuk Orang Dah Kawin..

Entry ini hanya sesuai untuk mereka yang dah kawin je ek...yang belum kawin kalau nak baca pun boleh..tak salahkan untuk panduan bila dah kawin nanti..


Semua pasangan yang dah kawin mesti tak sabar nak ada baby sendiri kan..begitu jugak dengan saya..lebih-lebih lagi usia perkahwinan kami dah masuk 1 tahun 3 bulan...kalau ikut usia seorang baby dah boleh berjalan dah orang kata..namun sehingga sekarang kami masih belum ada rezeki lagi..


Sejak 3-4 bulan akhir-akhir ni saya dengan husband semakin serius fikirkan tentang kehadiran seorang anak...tak putus-putus kami berdoa pada Allah agar 'rezeki' kami murah tahun ni..hujung bulan 11 tahun lepas kami pergi second honeymoon kat Penang..sebelum pergi bercuti, saya kira dulu tarikh subur melalui kitaran haid...lepas tu baru pilih tarikh yang sesuai...tapi takde rezeki jugak lepas balik dari Penang..maybe sebab saya salah kira tempoh kitaran..


Kebetulan lepas balik penang tu husband dah start bz balik pergi offshore dalam tempoh yang lama...bila dia balik rumah, saya start period..lepas tu belum cukup 2 minggu husband cuti, dah kena pergi keje balik...ada tu seminggu je dia cuti..memang kami selalu tak bernasib baik..tapi saya redha..ustaz ada cakap Allah lebih mengetahui suratan hidup kita...Dia lebih mengetahui sejauh mana hikmah disebalik ujian yang diturunkan pada hambaNya...


Satu hari saya ada terbaca kat internet tentang alat untuk menguji kesuburan wanita atau di panggil OVULATION TEST..cepat-cepat saya gi beli sebab takut dah terlajak hari..alat ni lebih kurang je dengan pregnant test tapi fungsi dia lain...

Inilah dia rupa bentuk kotak ovulation test tu...banyak dijual kat guardian..harga satu alat ni RM18..kalau beli satu kotak besar sekaligus, kat dalam ada 5 pc harga dia RM60..sama mcm pregnant test, hanya buat urine test untuk dapatkan result...satu alat boleh guna satu kali je..sebab tu kena beli banyak sket sebab tak semestinya kita test hari ni, terus dapat result positive..

Belakang kotak dia ada tunjuk kitaran period dan bila sepatutnya kita buat test tu..bergantung pada kitaran period kita jugak..kalau kitaran haid 28 hari, hari yang ke 10 tu dah di sarankan buat test..kalau kitaran haid 30 hari, buat test hari ke 11 atau ke 12..mcm tulah seterusnya..tapi bagi sape-sape yang uzur tak menentu, tak boleh guna cara ni..itu kena pi jumpa doktor...


Saya bukanlah pakar sangat dalam bidang ni tapi untuk bagi penjelasan basic tu bolehlah...pada mereka yang tak tau, kitaran haid normal seorang perempuan adalah 28 hari..contohnya tarikh period Ain (bukan nama sebenar) jatuh pada 10 March..10 March tu dikira hari pertama..lepas tu kiralah sampai 28 hari...lepas 28 hari tu dia akan datang period balik iaitu 7 April...so dalam tempoh 10 March-7 April itulah kitaran haid Ain iaitu bersamaan 28 hari...kitaran haid pompuan berbeza antara satu sama lain..ada yang 28, 30, 31,32...tapi kalau dah lebih dari 40 hari itu dikira tak normal...


Daripada kitaran haid tu kita boleh kira tarikh subur atau dalam bahasa sainsnya ialah tarikh ovulasi..apa maksud ovulasi?tak fahamlah....ok mcm ni..setiap bulan ovari kita akan melepaskan sebiji telur yang dah matang ke dalam tiub fallopio untuk disenyawakan..proses pelepasan telur itu lah dipanggil ovulasi...so, telur yang dilepaskan ni cuma boleh bertahan dalam tiub fallopio kita hanya 12-24 jam sahaja...kalau tak disenyawakan dalam tempoh tu, telur tu akan meresap ke dinding rahim lepas tu gugur sebagai haid...


Biasanya ovulasi berlaku pada hari ke 14 sebelum period yang akan datang...katakan kitaran haid kita 28 hari...28-14=14 . so ovulasi dijangkan hari ke 14 start dari 1st day kita period...kalau kitaran haid 30 hari plak...30 -14 =16, ovulasi dijangka berlaku pada hari ke 16 dari 1st day period..mcm tulah seterusnya..


Tujuan alat ini dicipta adalah semata-mata untuk mengesan waktu ovulasi wanita..supaya setiap pasangan suami isteri senang planning untuk dapatkan baby..begitu jugak dengan saya yang masih beluma ada rezeki lagi ni..tanpa putus asa saya buat test kesuburan kat rumah..test pertama result negative..esoknya saya buat test sekali lagi...wah teruja bila tengok ada 2 line..macam teruja tengok pregnant test yang result positive..hehe...


Saya tak tau apa hasilnya..2 hari lepas ada tanda-tanda saya nak period...tapi bukan darah cuma tanda-tanda awal period seperti bulan-bulan yang lepas..tapi satu hari tu je..lepas tu stop dah takde apa..pagi tadi saya ada buat pregnant test tapi result negative...kecewa jugaklah..kalau ikutkan hari ni dah terlebih satu hari...tunggulah satu hari lagi baru buat test kali kedua..saya harap kali ni ada rezeki buat kami berdua..Amin...

# kadang-kdang terfikir jugak..orang dulu-dulu tak perlu buat ujian kesuburan pun anak ramai jugak...orang sekarang pun tak perlu buat ujian kesuburan jugak..berzina sekali dua pun senang mengandung..itu semua kuasa Allah...

12 comments:

  1. so macam mana result? ehheh....teruja jugak nk tau..

    ReplyDelete
  2. Fit-amboi...senyap-senyap baca blog orang ek..hehe..result belum confirm lagi lah fit..50/50..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..ada la tu rezekinye...=)

    ReplyDelete
  4. nak try beli gak lah....thanks bg info....

    ReplyDelete
  5. Qaseh Ziera- thanks sudi singgah sini..try lah beli..mana tau ada hasil..=)

    ReplyDelete
  6. salam..sy nk tanye,beli kat mane ye ovulasi test ni...?

    ReplyDelete
  7. saye try nk beli kat farmasi tp xde..

    ReplyDelete
  8. W'salam...cik boleh beli kat guardian.selalu dia ada kat area pregnancy test..

    ReplyDelete
  9. guardian mahal..try g watson..jauh berbeza harganya even the same band.

    p/s by the way..u dah conceive ke

    ReplyDelete
  10. Saya dh lma tk dpt ni..apa citer plk...tk de makwe single ke

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...