02 July 2012

Lotion Palmer's Untuk Ibu Mengandung

Eh ada lagi entry hari ni...hehe....buat masa sekarang kerja kat ofis saya cuma buat printing log, so sambil menunggu bolehlah curi-curi masa tulis blog...sementara idea ada ni kan...nanti idea dah lari, takut berhabuk plak blog ni....(^_^)

Ok...kali ni nak citer tentang Strecth Marks atau dalam bahasa melayu tanda regangan..
Dalam bahasa kampung plak dipanggil kulit pecah.... 
Secara jujurnya, sebelum saya preggy tak pernah tau pun pasal kewujudan lotion untuk masalah strecth marks ni...

Satu hari masa saya kat kampung hari tu, saya terdengar perbualan MIL dengan makcik bidan yang datang mengurut my SIL yang baru lepas habis berpantang..
Mak cakap alhamdulillah walaupun dia lahirkan 7 orang anak, tapi takde berlaku pecah-pecah kat perut..
Saya dengar je tapi tak menyampuklah orang tua bercakap..
Lepas tu saya buat research sendiri kat internet, buku dan majalah..

Apa yang saya baca, mostly ibu-ibu yang mengandung akan mengalami benda ni..
Bila perut dah besar memang tanda-tanda regangan akan berlaku..
Paling utama kat perut, selain tu kat peha dan beberapa bahagian lain yang naik mendadak...
Kalau tak jaga dengan baik, tanda ni akan kekal kalau tak dijaga dengan baik...

Oh ini tak boleh jadi...saya perlu buat sesuatu...
Lepas survey, baru saya tau sebenarnya ada banyak jenis lotion dan minyak untuk halang atau kurangkan tanda Strecth Marck ni..
Cepat-cepat gi guardian, cari-cari saya jumpa Lotion Palmer's Cocoa Butter ni..
Harga dia saya lupa lah..around RM 30-RM 40 kalau tak silap..


Masa saya beli tu kandungan dah dekat 4 bulan...
Orang cakap sepatutnya pakai masa awal-awal mengandung lagi baik kan..
Seeloknya sebelum perut naik...tapi nak buat camne, saya baru tau...
Lagipun saya rasa kalau beli awal saya tak boleh pakai jugak..
Sebabnya masa mula-mula nak guna tu, saya tak suka bau dia...bau butter pelik gitu..
Tapi paksa jugaklah demi nak jaga perut dan bahagian-bahagian lain supaya tak jadi hodoh...huhu...

Bila dah tiap-tiap hari guna lotion ni, dah boleh terima dah bau dia, dah tersuka plak..hehe...
Alhamdulillah, so far dah lebih sebulan guna lotion ni semuanya ok...
Tanda-tanda regangan atau kulit pecah takde...
Setakat ni nampaknya berkesan tapi akan datang tak tau lagi...harap-harap semuanya ok...

Saya sapu lotion ni 2 kali sehari..setiap pagi dan malam...
Pernah jugak terskip masa awal-awal pakai dulu tapi sekarang ni tak lagi..
Lepas mandi je terus sapu kat badan...jadi terlebih rajin plak...
Dah nak habis dah sebotol dah pun saya guna..takpe, lepas ni terus ke guardian lah kita cari lotion..
Ada jugak yang suggest guna Bio Oil...saya nak try jugaklah kalau orang kata ok..
Tapi boleh ke campur-campur...sekejap guna itu, sekejap guna ini..takut ada effect lain plak...huhu...


No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...