21 January 2015

Projek Membina Rumah Idaman - Fasa 1


Assalamualaikum...

Hai korang.....

Bagi yang dah lama baca blog aku, ingat lagi tak dulu aku pernah story kisah beli RUMAH 1 dan RUMAH 2

RUMAH 1 aku nak beli pada tahun 2011..sebuah rumah townhouse yang diberi nama Aristana, lokasinya di Seri Prisatana, Sungai Buloh..dah siap bayar booking 1K gara-gara tak sabar kan..lepas dah tengok kawasan rumah yang betul, tiba-tiba menyesal..hati kuat mengatakan tidak untuk rumah ini..atas beberapa faktor aku dan husband sepakat nak cancel...pasrah je la duit booking 1K burn macam tu...tapi positive thinking aku rela rugi 1K daripada rugi 300K..sob..sob..sob..


Sedikit ingatan buat korang yang nak beli rumah, tak kira la dengan pemaju ke dengan owner make sure pergi buat lawatan dulu tengok lokasi kawasan, kejiranan ok ke, sistem perparitan, facilities, jalan keluar masuk..cek betul-betul dulu..takut menyesal kemudian hari..
  
RUMAH 2 plak aku nak beli tahun yang sama jugak tapi dah hujung-hujung tahun 2011..sebuah rumah bangalow setingkat, juga masih dalam proses pembinaan..lokasi di Kemaman, Terengganu..kali ni aku amik ikhtibar pergi tengok kawasan dulu sebelum booking...masa tu progress rumah dah 70% yang siap..so memang boleh tengok besar mana rumah, besar mana bilik, besar dapur...aku berkenan...lagi sekali jumpa pemaju booking 1K jugak...

Masa dalam proses apply loan, aku pergi lagi sekali tengok rumah..kali kedua pergi, sama macam first hari tu jugak..pusing-pusing dalam rumah..tiba-tiba kali ni aku rasa semua ruang kat dalam rumah tu aku nampak kecik...aku rasa tak berbaloi dengan harga 300K..so after bincang suami isteri, nak cancel jugak rumah ni...tapi kali ni agak bernasib baik sebab duit booking dapat balik..walaupun dapat balik 700 tapi ok la kan dari tak dapat lansung..

Selepas cancel nak beli RUMAH 2 tu, aku ada citer tentang PROJEK RUMAH TERGANTUNG..sekarang dah tak tergantung dah kut.... 


Tada!!
Rumah dah siap....^_^

Hahahaha....okey...korang sila jangan percaya...itu bukan rumah aku...hehehe...dulu masa aku tak duduk rumah 2 tingkat, selalu berangan bestnya kalau dapat rumah 2 tingkat....dapat plak bangalow macam ni kan...

Tapi itu dulu..sekarang ni tidak lagi...sejak aku pindah menyewa duduk rumah 2 tingkat sekarang ni...aku rasa tak sabar sangat nak duduk rumah setingkat balik...huhuhu....

Penat wei...bayangkan dah siap-siap nak keluar, dah nak keluar pintu rumah dah ni...phone plak tertinggal kat atas...satu hal nak panjat tangga...malam-malam tengah tidor, pukul 2-3 pagi Khasif nangis nak susu...kena turun bawah buat susu....stress..itu satu bab..bab nak mengemas, nak lap habuk....tak campur lagi bab anak dah pandai turun naik tangga sendiri..risau takut tergolek..

So aku berazam kalau duduk rumah sendiri lepas ni aku nak rumah satu tingkat je...kalau ada tangga pun cukuplah 4 anak tangga je...kalau korang nak cakap aku pemalas pun takpe...aku tak kisah...hahaha....

Okey..aku dah melalut dari topik asal nampaknya....back to the story...

Lepas dah cancel nak beli RUMAH 2...husband bawak mak dan aku sekali pergi tengok tanah..tanah tu seperti yang aku pernah citer dulu tanah ayah (FIL) nak bagi kat husband....mula-mula MASA ayah cakap nak bagi tanah tu untuk buat rumah, husband menolak dengan cara baik...kalau boleh kami nak usaha cari rumah sendiri la kononnya...tapi nampaknya dua-dua usaha pun tak berhasil dan tidak memuaskan hati...akhirnya husband terima pemberian ayah...

Sebelum ni memang tak pernah jejak kaki pun kat situ...so ini first time nak tengok tapak....

Sampai-sampai.....


Tapak tanah yang dipenuhi semak samun....


Bukan setakat semak samun, dah dipenuhi air jadi paya dah..


Tanah ni betul-betul kat tengah kawasan rumah orang...maksud aku kiri, kanan, depan belakang semua dah ada rumah orang...so lepas ni kalau buat rumah takde apa yang nak takut...kiri kanan depan belakang pun dah ada jiran...


Hutan belantara di tengah taman...

Lepas dah tengok tanah..husband pun setuju lah nak terima offer dari ayah...tapi tanah tu sebelum nak start projek rumah, banyak proses lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.....

Fasa pertama kena hapuskan semak-samun dan hutan belantara tu dulu..kemudian nak kena tambun tanah bagi betul-betul rata dan padat...

Aku dan husband boleh dikatakan sangat beruntung dan bernasib baik masa tu..kalau tak sebab ayah (FIL), aku rasa tak tau la kat mana nak cari orang nak tambun tanah..tapi ayah mertua aku ni walaupun tak ramah dengan orang, tapi ayah ada banyak contact..

Ayah call sorang sedara..sedara ayah ni  memang ada company sendiri untuk buat kerja-kerja tambun tanah ni..berapa lori nak kena tambun dan costnya, dia perlu tengok besar dan keadaan tanah dulu...lepas tu baru dia boleh bagitau berapa cost semua sekali....

Lepas dah kira-kira, cost tambun tanah ni semua sekali RM8K...phewww...murah ke mahal? tapi ok la kut sebab diaorang kena cabut tunggul kayu besar dan akar pun boleh tahan dalamnya..kena sewa jentera nak cabut tunggul besar tu..so aku rasa bayaran tu dah ok kan...

So after bayar lumpsum 8K,  barulah kerja-kerja tambun tanah berjalan....bayar cepat, diaorang pun buat kerja tu cepatla...alhamdulillah takde isu apa-apa..tanah yang diaorang guna pun jenis tanah yang tak berselut...



Tapak rumah sudah bertukar wajah..

Sudah bersih dan tiada lagi semak samun dan paya..masa ni dah setel tambun tanah...tapi tak boleh buat rumah lagi...kalau nak bagi tanah yang ditambun tu betul-betul mampat kena tunggu sekurang-kurangnya setengah hingga satu tahun....kalau tak nanti struktur umah tak stabil..



Selepas setahun lebih, baru berkesempatan tengok balik tapak nak buat rumah...rumput-rumput dah start nak naik balik...hujung sana pun macam ada pokok yang dah tumbuh...

Bahaya ni..sebelum semak samun naik balik..kena la cepat-cepat ambil tindakan ke fasa seterusnya...

Seperti yang aku cakap cakap awal tadi, tanah ni tanah milik ayah (mertua) kan..so sebelum nak buat rumah kena tukar nama pemilik geran tanah dahulu...kalau tak tukar nanti fasa-fasa seterusnya tak berjalan lancar..macam-macam masalah lebih-lebih lagi kalau nak apply loan dengan bank..

Alhamdulillah proses tukar nama geran tanah pun berjalan dengan lancar...lagi sekali ayah mertua aku ada contact...bagus kan ayah mertua aku ni...semua pun ada contact..ayah ada kawan kerja sebagai pegawai kat pejabat tanah..so proses nak tukar nama tu taklah serumit macam orang lain...bagi je segala dokumen kat kawan ayah, dia tolong uruskan..tak payah nak kena tunggu giliran, keluar masuk banyak kali kat pejabat tanah... 

Bab-bab prosedur untuk penukaran hak milik tanah ni aku tak berani nak tulis panjang lebar...yang pasti kena isi borang, then kena sediakan beberapa dokumen penting untuk dihantar bersama dengan borang tadi ke pejabat tanah..ada dikenakan bayaran chukai dan setem hasil..kalau tak silap setem hasil ikut kadar 1% daripada kadar nilaian tanah..kalau nak lebih lanjut boleh refer kat laman web pejabat tanah...

Total husband aku kena bayar hari tu kalau tak silap lebih kurang 50-60 macam tu je..tak mahal pun...

Dah selesesai tukar hak milik tanah, barulah kami boleh fikir dan planning progress seterusnya..nanti aku sambung Fasa 2 plak yer...

Bye....^_^


3 comments:

  1. assalam....semoga segalanya berjalan lancar dan sebut pasal rumah 2 tingkat tu btol sgt2 penatnye 2 kali ganda... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sis Malinda...thank you so much...tak sangka ada yang memahami diri ini...T_T.

      Delete
  2. Hihi.. rumah 2tgkt dlm gmbr 2 dkt je ngan rumah sy.. sbelah tu rumah kawan sy..

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...