22 July 2010

Perempuan Yang Bernama J..part 4

Saya boleh baca apa tujuan Kak J paksa beli karpet tu..demi kerana duit...dengan cara tu saya seolah-olah berhutang dengan dia dan bila-bila masa saja dia boleh mintak duit dengan saya...bijak kan..tapi saya tak sebodoh tu...bukan saya yang beria-ia nak beli jadi tiada istilah hutang dalam keadaan jual beli mcm tu...Kak J yang terhegeh-hegeh paksa saya beli...jadi kl dia nak bayaran tu, dia kena ikut permintaan dan syarat saya...jangan minta bayaran dari saya dan tunggu saja bila saya rasa nak bayar, saya akan bayar..adil kan...


Hari-hari seterusnya berjalan seperti biasa...kadangkala saya sengaja balik kerja lambat sebab taknak bersua muka dengan Kak J dan teman lelaki dia..tapi tak semudah yang saya sangka..Kak J memang berani orangnya...satu malam waktu saya sedang berehat dalam bilik..tiba-tiba bunyi ketukan pintu..dari luar saya dengar Kak J panggil nama saya..apa lagi yang saya boleh buat selain bukakan pintu...Kak J masuk ke dalam bilik..saya boleh agak apa sebenarnya yang tersirat kat hati dia..


Kak J btau saya dia dapat interview kerja kat satu tempat..dia perlukan duit untuk tambang jadi dia perlukan pertolongan saya..kata Kak J lagi, dia ada duit dalam bank tapi kad atm dia hilang..saya tak terkejut lansung sebab dari awal Kak J masuk bilik, saya dah boleh agak apa tujuan dia...saya tanya Kak J dia nak pinjam berapa? saya tak mampu nak tolong dia banyak...dengan senang hati Kak J tanya saya balik berapa cash yang saya ada sekarang? bodohlah saya kl btau jumlah duit yang saya ada dalam beg..saya cuma cakap saya boleh bagi dia sikit je..Kak J cakap dia nak pinjam RM50 dan dia janji akan bayar sekali dgn duit yang dia pinjam hari tu selepas 2 hari..menakutkan bila Kak J cakap dia sanggup teman saya ke bank malam tu untuk keluarkan duit...


Saya tak pernah jumpa manusia mcm Kak J sebelum ni...sungguh tak pernah..ini kali pertama dan saya sangat rimas berada dlm situasi begitu...baiklah..saya pegang janji Kak J bahawasanya dia akan bayar duit saya balik dalam masa 2 hari...saya tetap bagi dalam keadaan tanpa rela...takpelah...mana tau berkat dari pinjam duit tu, Kak J dapat kerja..lepas tu dia dah tak susahkan saya lagi...tunang saya memang bengang bila dapat tau Kak J pinjam duit lagi tapi apa saya boleh ckp lagi...saya bukan jenis perempuan yang berani..saya takde kekuatan untuk berkata 'tidak' pada Kak J..


Tiga hari berlalu Kak J masih tak tunaikan janji dia..tiada tanda-tanda Kak J akan bayar duit yang dia pinjam..saya memang tak letak harapan tinggi sebab saya tau Kak J takde duit..kad atm hilang tu cuma rekaan semata-mata..seminggu lepas tu Kak J btau saya dia dapat kerja kat Maybank sebagai telemarketer...kerja tu perlu jual produk dan capai target sales baru dapat gaji...tak kisahlah apa kerja Kak J asalkan jangan menyusahkan saya lagi kemudian hari..tempat kerja Kak J agak jauh dari rumah..setiap hari Kak J keluar pukul 5.30 pagi tunggu bas dan balik kerja sampai rumah pukul 8 malam..baguslah Kak J dah berubah...tak goyang kaki lagi seperti sebelum ni..


Apa yang merimaskan saya, teman lelaki Kak J masih tak bekerja dan masih tinggal kat rumah tu..senangnya hidup dia tak perlu keluarkan duit satu sen pun untuk makan, tempat tinggal dan sebagainya..selama saya tinggal bersama mereka, pandang lelaki tu pun saya taknak jauh sekali nak bertegur sapa atau bercakap...pernah mereka bergaduh waktu malam pukul 1-2 pagi, menjerit-jerit waktu orang lain tidur...banyak kejadian yang saya tak boleh lupa bila Kak J bergaduh dengan teman lelaki dia..pintu bilik pecah..tombol pintu rumah rosak..meja kaca kat ruang tamu pecah..rak kasut hancur..kabinet dapur rosak.bukan sekali berlaku tapi banyak kali..sampaikan saya menangis ketakutan kat dalam bilik...saya takut pintu bilik saya dipecahkan jugak..cacian-cacian yang saya dengar tak perlu nak ceritalah..terlalu banyak yang saya dengar dari mulut mereka..saya sendiri hairan apa lagi yang mereka nak dalam hubungan mcm tu..


Cerita Kak J belum tamat di situ rupanya...saya sangka panas hingga ke petang...tapi hujan di tengahari..bunga yang saya bagi tapi dibalas tahi..saya akan sambung di entry seterusnya kisah Kak J...

2 comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...