23 July 2010

Perempuan Yang Bernama J..Part 5

Sikap Kak J sebelum ni saya masih mampu hadapi dengan tenang..tapi kejadian yang berlaku kali ni betul-betul menguji kesabaran saya...satu petang, sebaik saja saya sampai rumah lepas habis kerja, saya dapat mesej dari Kak J..."kat mana sekarang?"..saya balas btau dia baru je sampai kat rumah...dia terus call...Kak J cakap teman lelaki dia tak sampai lagi kat tempat dia kerja..sepatutnya masa ni dah sampai..Kak J tanya saya samada teman lelaki dia ada kat rumah ke tak? saya btau teman lelaki dia takde..kl ada saya dah lama keluar balik dari rumah tu tunggu Kak J balik rumah dulu..Kak J mintak saya masuk bilik dia tengok..GILER!! nak suruh saya buat kerja bodoh tu..saya cuma ketuk pintu panggil dari luar tapi takde jawapan..dan saya memang yakin lelaki tu takde kat rumah...


Saya btau Kak J, kat dalam bilik pun takde..tiba-tiba Kak J tinggikan suara..tak dengar pun bukak pintu?? Ya Allah...apa tujuan dia sebenarnya ni? saya cakap memang takde saya dah tengok dalam bilik, takde orang...Kak J terus putuskan panggilan..saya masih bingung...apa ni?? saya tak faham..kenapa perlu mintak saya cek sampai dalam bilik dia..


Keesokan harinya kebetulan hujung minggu ..Kak J ajak saya berbual dengan dia depan tv kat ruang tamu...saya keluar dari bilik..saya malas nak layan kerenah Kak J tapi memandangkan saya takde alasan saya turutkan saja...dalam hati, takpelah..nanti lepas 10 minit saya mintak diri..Kak J mulakan perbualan...mulanya Kak J berbual cuma topik ttg kerja dia..kemudian Kak J tanya saya..."semalam pergi kerja tak?"..saya btau Kak J mestilah kerja.. "kl pergi, pukul brp keluar dari rumah?"...saya mula pelik dengan soalan-soalan Kak J...apa sebenarnya tujuan dia ni? saya jawab jugak pertanyaak Kak J kali ni...mcm biasa, pagi pukul 7.30 saya keluar rumah...saya tanya Kak J kenapa dia tanya mcm tu..saya tak faham...


Kak J mula tinggikan suara...mungkin dia tak puas hati bila saya tanya balik soalan kat dia.. rupa-rupanya ada sesuatu yang bermain kat kepala dia.. Kak J hamburkan kata-kata kesat kat depan muka saya..."kl pergi kerja, kenapa dlm cctv takde keluar dari gate pagi semalam?!!"..apa ni...apa salah saya...saya btau Kak J, saya boleh tunjuk bukti saya pergi kerja semalam..saya boleh tunjuk tiket bas pukul brp saya naik bas, boleh call majikan saya dan satu saksi yang saya ada yang takkan menipu..cctv DI ATAS SANA..ALLAH SWT..apa yang paling saya kecewa, Kak J buat tuduhan tak berasas lansung..dia tuduh saya ada hubungan dengan teman lelaki dia..dia tuduh saya tak pergi kerja disebabkan teman lelaki dia tak datang ambik dia petang semalam.. dia tuduh kami buat sesuatu kat belakang dia kat rumah tu masa dia takde..dan paling-paling saya kecewa, saya marah bila dia tuduh saya yang goda teman lelaki dia..astaghfirullahalzim...tuduhan yang saya rasa sgt-sgt melukakan hati saya...teman lelaki dia tak datang ambil dia apa kena mengena dengan saya?kenapa tiba-tiba letak kesalahan kat saya...??


PAP!!! Seolah-olah seperti ada batu besar yang jatuh atas kepala saya pada waktu tu..ini ke balasan dia untuk kebaikan dan pertolongan yang saya berikan selama ni? ini ke cara dia balas budi? bukan dia tak tau saya sedang menghitung hari bahagia yang akan tiba tak lama lagi..saya balas tuduhan Kak J dengan hati yang remuk...


"maaf akak saya cakap..saya sekarang bersyukur sgt dikurniakan seorang bakal suami yang taat suruhan agama, kuat berusaha mencari rezeki dan penyayang terhadap saya..naikkan tangan sekali pun tak pernah..bukan saya nak burukkan teman lelaki akak tapi saya bukan perempuan murahan yang boleh jatuh hati dengan sebarang lelaki..saya dah nak kawin dah pun..tinggal berapa bulan je lagi.."


Sebenarnya saya cuba nak sindir Kak J..apa yang saya nak sgt-sgt ckp pada Kak J benda ni..

"saya bukan perempuan bodoh nak jatuh hati dengan lelaki yang dah terang-terang tido dengan perempuan lain satu rumah dengan saya! lelaki yang takde matlamat hidup, tiap-tiap hari goyang kaki harapkan duit perempuan, malam-malam keluar jadi kutu rayau dan kerja cuma pukul perempuan..cuma Kak J saja yang bodoh bercinta dengan lelaki mcm tu.."


Tapi kata-kata tu cuma dalam hati saya..Kak J masih tetap dgn tuduhan bodoh tu..alasan dia, Tok Aji yang pakai kopiah pun boleh buat kerja macam tu..tak kira alim ke jahat ke kl dah berdua lelaki dan perempuan kat dlm satu rumah, mesti akan berlaku..masalahnya saya dengan teman lelaki dia tak pernah berdua kat dalam rumah tu!!! kl tak percayakan saya..knp benarkan jantan tu tinggal kat situ...balas Kak J, dia berhak ajak sesiapa pun tinggal kat rumah tu, saya tak perlu pertikai kenapa dia ajak teman lelaki dia tinggal bersama..yer...saya memang tak berhak tapi apa hak dia nak tuduh saya?? pandang pun saya tak sudi kat jantan tu..pleaselah......setiap kali saya cuba pertahankan diri, setiap kali tu jugak Kak J tinggikan suara lawan apa yang cuba saya pertahankan...


Akhir sekali..apa yang saya mampu ckp pada Kak J...

"Tuhan tu Maha Adil, Maha Mengetahui..Dia akan tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah.."

Saya mintak diri masuk bilik..saya tak mampu tahan perasaan..saya menangis sepuas-puasnya..tunang saya masa tu kat offshore...saya tak boleh nak mengadu kat dia lagi malam tu..apa yang saya mampu buat, saya mengaji, mengadu pada DIA...saya tak tahan dengan tuduhan macam ni...tuduhan yang tak masuk akal..tuduhan yang menjatuhkan maruah saya....

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...