Saya agak serba salah sebelum reply mesej Kak J sebenarnya..yelah..manusia ni kita memang tengok luaran rambut sama hitam tapi hati lain-lain..marah ke dia kl saya cakap saya tak boleh tolong dia...apa reaksi dia bila saya dah sampai rumah nanti..camne dgn hubungan kami yang baru nak kenal lebih rapat antara satu sama lain...saya berperang dgn perasaan..ada jugak terlintas kat hati saya masa tu..berani nya dia ni baru je kenal, tak sampai 2 minggu dah nak pinjam duit..saya sendiri dengan kawan-kawan yang dah bertahun-tahun kenal rapat pun tak berani nak pinjam duit...kl saya bagi, boleh ke saya percaya kat dia...??
Dengan berat hati, saya balas jugak mesej Kak J harap dia faham keadaan saya yang memang tak dapat tolong dia...tak lama lepas tu Kak J reply mesej saya..dia kata dia faham..TAPI dia tukar ayat plak..harap dapat pinjam sikit RM50 pun jadilah..dia perlukan duit sangat-sangat...sebagai manusia biasa, kita memang tak boleh lari dari rasa simpati..bila orang merayu mcm tu timbul rasa kesian..
Dengan rela hati saya setuju untuk tolong dan sepantas kilat jugak Kak J mesej saya no akaun maybank..dia mintak saya masukkan duit secepat yang mungkin dan dia janji dengan saya akan ganti balik duit tu minggu depan..tanpa banyak soal saya masukkan duit dalam akaun Kak J...apalah sangat dengan duit RM50 jika nak dibandingkan dengan pahala yang kita dapat kl tolong orang yang dalam kesusahan..itulah yang sayang sematkan dalam hati pada masa tu..
Hari berganti hari..hubungan Kak J dengan saya berjalan dengan baik..walaupun saya tak senang dengan kehadiran teman lelaki dia kat rumah tu tapi saya cuma diamkan saja..Kak J masih lagi goyang kaki kat rumah bersama lelaki tu tanpa buat apa2 perkerjaan..makan, tido, tengok tv..itu saja aktiviti mereka tiap2 hari..banyak ke duit Kak J sampai tak perlu kerja?kl banyak duit kenapa pinjam duit dgn saya hari tu dan masih tak bayar2 lagi walaupun dah cukup seminggu..?persoalan yang tiada jawapan...
Satu hari, saya berbual dgn Kak J..saya btau dia saya ingat nak beli beras dan barang dapur sikit untuk kegunaan saya kat rumah tu...saya nak sgt makan lauk kari ikan...tapi nak masak sendiri tak pandai sangat..Kak J dengan rela hati tawarkan diri nak tolong saya masak kari ikan..tapi bukan setakat itu saja..dia tawarkan diri nak tolong saya beli beras dengan barang-barang dapur yang lain..katanya kesian nanti saya nak bawak beras tak larat balik rumah..teman lelaki dia ada motosikal boleh angkut barang2 tu semua..dia beria sgt nak tolong belikan..
Tanpa syak apa-apa, saya setuju dgn tawaran Kak J..rasa senang jugak sebab dpt housemate sebaik dia..pagi esoknya sebelum saya keluar rumah, Kak J tanya saya duit untuk beli brg-brg dapur tu..saya ingatkan Kak J akan faham bila saya tak bagi duit, maknanya saya nak dia guna duit yang dia pinjam dari saya sebelum ni..tapi dia manusia yang susah nak faham mungkin..saya hulur jgk duit RM20 dan mintak Kak J beli beras size 5kg dgn ikan sahaja..barang2 dapur lain saya boleh beli sendiri sebab memang saya nak cari barang jugak nanti..Kak J tanya saya..cukup ke RM20 beli beras? saya ckp cukup sebab size 5kg cuma lebih kurang RM12 je..yang lebih tu boleh beli ikan..Kak J tak boleh nak cakap apa lagi bila saya btau camtu...saya tau...Kak J nak duit lebih dari tu...tapi saya sikit sebanyak pada masa tu dah boleh nilai siapa sebenarnya Kak J....
Petang bila saya sampai rumah lepas habis kerja..saya tengok Kak J takde..masa tu saya ada beli barang-barang dapur seperti bawang, telur, santan, susu, gula, cili dan barang-barang lain..jumlah barang dapur yang saya beli hari tu lebih kurang RM50..saya simpan barang-barang tu kat dapur..lagipun nanti saya nak masak kari ikan dengan Kak J..saya cari beras yang Kak J cakap nak tolong belikan untuk saya tapi takde..erm..mungkin Kak J keluar beli beras tak balik lagi..tunggu punya tunggu malam baru Kak J balik rumah dengan teman lelaki dia...tapi Kak J cuma bawak balik ikan sahaja itupun 6 ekor yang bersaiz sederhana (saya sempat kira)...mana beras?? saya tanya Kak J mana beras sebab saya nak masak nasi...
Terkejut saya bila Kak J keluarkan sedikit beras dalam plastik 'kecik'..Kak J cakap boleh guna beras ni dulu sebab tadi dia tak sempat nak beli lagi..beras ni dia ambil kat rumah adik dia...astaghfirullahalzim...semalam dia beria nak belikan beras untuk saya..tiba2 hari ni dia bagi alasan lain...apa Kak J buat sebenarnya duit yang saya dah bagi kat dia...takpelah...saya masak dulu apa yang ada bersama dengan Kak J..walaupun dalam hati ada sedikit perasaan jengkel dengan sikap Kak J, saya cuma pendamkan...
Malam tu saya cuma makan seekor ikan masak kari, dan sepinggan nasi...barang-barang yang saya baru beli saya masih simpan kat dapur...takpelah..kl Kak J nak guna sket-sket pun saya tak kisah...keesokan harinya...
#bersambung di entry seterusnya....:)
geram pulok aku bace citer ni..bakper x sound je nieza...lebey ar tu.dah la utang x bayor..
ReplyDeletehehe..sabar minie..banyak lagi citer yang lebih geram lepas ni..
ReplyDeletepuan niza kita ni mudah kesiankan org cik mimie oi...hai..puas doh ambe nasihat jgn layan si kak J tu...ambe ni bukan geram doh..doh sampai tahap nak lempang dgn siku je minah tu...sabo je..
ReplyDelete