Saya akan sambung cerita trip ke melaka lagi kali ni...walaupun cuaca agak panas, tapi saya dan husband tetap teruskan jalan2 kat kota bersejarah ni...sebelum turun dari bukit St.Paul, sempat beli cenderamata sket untuk dibuat kenang-kenangan...
Seterusnya kami masuk ke muzium istana kesultanan melayu melaka..lokasi cuma bersebelahan dengan kota A'Famosa..bayaran RM2 je..dapat beg plastik sorang satu untuk simpan kasut sebab nak masuk dalam istana tu kena tanggalkan kasut...
Muzium ni dibina mengikut senibina Istana Melayu di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah pada era 1456-1477 dulu..kt dalam muzium ni kita boleh tengok Balairong Seri, Balai Beradu, institusi raja2..juga sejarah pertikaman hang tuah dgn hang jebat pun ada jugak..pendek kata kat dalam muzium ni pamer macam2 sejarah istana melaka..
Lepas tu saya singgah kejap snap gambar kat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan negara kita...dekat je dengan A'Famosa..dalam memorial ni tersimpan pelbagai dokumen2 ttg perjuangan utk mencapai kemerdekaan negara kita....
Sempat posing gedik kejap kat laluan org jalan kaki..sebelah tu pintu masuk ke muzium islam melaka..
Sebelum gi makan tghari...saya jalan2 dulu kat salah satu tempat wajib pergi kl dtg melaka...ramai org dtg sini..yang ada menara jam warna merah tu dipanggil bangunan Stadhuys..terletak bersebelahan dengan gereja Christ tinggalan belanda...banyak beca2 kat sini tunggu pelancong..satu jam harga naik beca RM40..kayolah pakcik..:). banyak kedai2 jual cenderamata kt situ..
Lepas lunch, kami balik hotel rehat..ingat nak rehat2 je..tapi tertido sampailah petang..huhuhu..apa barang melancong cuma tido kat hotel je kan..tapi nak buat camne..sama2 terlelap..:)
Lepas asar kami keluar...jalan2 gi Dataran Pahlawan Mall..jalan2 sambil tengok kut ada baju cantik2 nak shopping gak sehelai dua...lepas dah puas pusing, shopping sket2..scr tk sengaja kami lalu depan kedai LOVEY TRADING...husband pun cakap.."jom yang, kita snap gambar 'ala2 comel' kat sini...buat kenangan..hahaha..saya pun setujulah...apa salahnya kan sekali sekala buang tebiat..:D
Tada!!! inilah hasilnya...;). bukan senang tau nak posing loving2 mcm tu..kena reka sendiri plak tu..nasib baik boleh tekan sendiri kat dlm tempat posing tu..lama jugaklah kami buat bising dlm tu..gelak2 tengok aksi 'ala2 comel' tu..hahaha..agak2 tak comel sgt, delete..snap balik..untuk kenangan anak cucu kami nanti apa slhnya..hehehe...:). 4 keping gambar 'ala2 comel' ni harga RM15..tapi ada jugak yang murah sket..RM10 tapi gambar kecik2....
Dah siap berposing bagai..perut dah lapo..nak cari tempat makan plak..taknaklah makan kt food court dlm mall tu..kl boleh nak rasalah suasana malam kat melaka ni kan...sambil makan tengok org jalan2 ke, tengok bintang bulan ke...hehe..susahnya nak jumpa kedai makan kt bandar melaka ni....last2 jumpa jugak satu tempat tu..tapi org ramai,penuh meja..terpaksa tunggu jugak sampai ada meja kosong..kl tak tido perut kosonglah malam tu...nasib baik tunggu dlm 10 minit ada mj kosong..wah...order mcm2 siap dgn ikan bakar lagi..bila sampai bil amik ko..RM63 untuk 2 org makan..:p.
Masing2 dah kenyang, balik hotel tidolah pulak....esok satu hari lagi kat melaka...:)
JANGAN LUPA DATANG LAGI NANTI.. BAWAK ANAK2 PULAK.. :)
ReplyDelete