Hujung minggu hari tu, saya dan husband gi jalan2 Melaka...dah lama kami tak pg bercuti berdua..konon2nya nak habiskan masa berdua sambil jalan2 tempat org...hehehe....
Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 5.30 pagi...berhenti kat R&R nilai smyg subuh then sambung balik perjalanan...sampai bandar Melaka lebih kurang pukul 8 kut..mula2 sampai tu agak terkejut jugaklah sebab jalan kat bandar melaka tu sempit..risau takut berselisih dgn kereta lain..nak cari tempat bfast punyalah susah..nak jumpa kedai melayu pusing bape kali barulah jumpa...nasib baik jumpa...
Sebelum citer tempat2 yang kami pergi, nak citer dulu pasal hotel yang kami book sebelum dtg tu...masa tengok dlm internet, bukan main cantik sgt bilik dia..mula2 bincang dgn husband nak stay kat Hotel Seri Costa..tapi ntah camne saya ni godek2 lagi nama hotel lain...jumpa lah Beuford Hotel..saya punyalah excited booking sebab tengok bilik dia cantik kt internet..lepas tu saya dpt maklumat kata hotel tu hotel baru...so faham2 jelah kl hotel baru mesti kita imagine yang bagus2 kan...
Sekali bila check in..adoi....sedih tengok...memanglah hotel baru...tapi tilam keras, bantal cuma bagi 2 biji itupun nipis..almari kayu kecik yang macam kat rumah kampung tu..lantai takde carpet (camne nak semayang)..ion baju takde...bilik mandi plak takde tmpat macam meja tu...tub mandi lagilah takde..miskin yang amat hotel ni...serius ckp..tak padan dengan harga...bayar 200 tapi dpt servis mcm hotel 80..husband saya sakit hati...saya senyap je sebab saya yang gtl sgt nak stay kat hotel tu..huhuhu..tapi dlm hati merungut banyak jugak..hehehe...:p. sebelum ni hotel yang prnah kami pergi, tak pernah lagi bayar 200 tapi dpt mcm ni...bfast pun alahai...:(. malas nak citer lagi pasal hotel ni...pendek citer, JANGAN STAY KAT BEUFORD HOTEL MELAKA ok!!
Ok..saya masuk part pergi jalan2 plak...sebelum tu, kena beli kupon keta dulu..kat Melaka ni pakai sistem kupon (sama mcm Langkawi)..so, utk memudahkan jalan2 tanpa perlu fikir pasal parking keta bape jam lagi tinggal..saya beli kupon untuk satu hari..bayaran RM5. nak pergi mana2 pun just pakai kupon tu je letak kat dashboard..tak payah nak gores2 lima enam kali kl beli yang ikut jam tu...(macam peraduan gores dan menang je sistem kupon ni)..ops..sorry org Melaka..hehehe..saya tak bisa sistem mcm ni..:)
Lepas parking, dah letak kupon kat dashbooard..kami jalan2 kat area Menara Taming Sari..masa tu dah ramai yang menunggu nak naik...bayaran untuk dewasa RM20, kanak2 RM 10, warga emas RM17..memandangkan husband saya ni tak boleh naik benda2 berpusing ni, dia mudah pening...so, kami tak naik..lagipun takpelah..saya pun tak tau nak buat apa kat atas nanti..(alasan org kedekut...lalala)...:D.
So, jalan ke destinasi seterusnya...masuk muzium rakyat tak silap..bayaran masuk muzium ni cuma RM 2. kat melaka ni banyak sgt muzium...bagus untuk tahu sejarah...nama pun Bandaraya Bersejarah..:).
Yang ni plak depan muzium umno..tak masuk dalam pun..cuma snap gmbr kat luar..nampak kan bendera umno kat belakang saya tu...
Masa ni dah sampai depan Porte de Santiago..ataupun lebih dikenali sebagai Kota A'Famosa..terkejut jugak masa mula2 sampai kat area situ..dulu masa kecik2 datang ada padang luas ke kat depan ni..tapi sekarang dah takde...dataran pahlawan pun dah dibina Dataran Pahlawan Mall...
Masa ni tgh mendaki tangga nak naik ke atas bukit..kat atas ada tinggalan gereja lama Portugis iaitu Gereja St.Paul..
Pemandangan dari atas...dataran pahlawan dlm proses ubahsuai dan pembangunan...
Pemandangan kat dalam gereja St.Paul...
Batu ni ialah batu penutup kubur2 lama yang ada dalam gereja ni dulu...setiap batu tu ada ukiran nama bangsawan2 belanda yang ditanam kat dalam gereja tu...
Di luar kawasan gereja...dari atas ni boleh nampak pemandangan ke selat melaka..cantik sangat..
Seterusnya saya akan sambung lagi cerita ttg trip kami ke Melaka di entry seterusnya..tunggu....:)
fuh, dah 5 tahon tak pegi melaka.
ReplyDelete