Selamat tengahari...
Entry kali ni saya nak sambung lagi citer honeymoon kami kat Penang hari tu..banyak lagi ni..hehe...
Masih lagi hari kedua tapi ni sebelah petang plak..lepas keluar dari rumah p.ramlee, kami gi makan dulu..haruslah cari nasi kandar kalau dah sampai Penang kan...
Dah habis makan, kami gerak ke Padang Kota Lama...dah parking keta, kami jalan kaki menuju ke salah satu tempat bersejarah yang berhampiran padang kota lama ni...nama tempat tu ialah FORT CORNWALIS...kalau dalam bahasa melayu plak di panggil Kota Cornwalis..
Sekarang kami berdiri kat depan pintu gate..bayaran masuk RM2.00 seorang..jom tengok apa yang ada kat dalam...saya pun first time jugak nak masuk ni..hehe...
Bila melangkah masuk je dah nampak benda alah ni...agak-agak kenal tak apa benda ni? =)
Yer betul !! ini adalah patung Francis Light iaitu pengasas Pulau Pinang moden...dialah yang bina kota cornwalis ni bertujuan sebagai kubu pertahanan dari serangan musuh..nak tau lebih lanjut sila baca kat sini...
http://en.wikipedia.org/wiki/Fort_Cornwallis
Eh..eh..jadi cikgu sejarah lah plak...=). ok, dah habis posing kat sebelah patung tu, jom kita masuk ke dalam lagi..bangunan putih kat belakang husband saya tu kalau tak silap bekas penjara..sekarang dah jadi galeri sejarah..kalau salah sorry lah yer..hehe...saya masuk sekejap sahaja sebab tak tahan bau yang agak 'kureng' sket kat dalam tu...so tak sempat nak baca info..;p
Kami panjat tangga naik atas bumbung bangunan penjara tadi...(betul ke penjara ek)..so kat belakang kami tu, boleh nampak kawasan persekitaran dalam kota ni...ada sepasang couple tengah 'beromantika' kat bawah..tapi saya tak snap gambarlah..hehe....
Seperti biasa, kalau kubu pertahanan wajib jumpa meriam..sebab orang dulu kan perang-perang ni guna meriam..so kat kota ni memang ada banyak meriam..."sape kat belakang tu bang?anak abang ke?ish..ish..ish...=)"
Kena tunggu turn baru boleh posing dekat dengan meriam ni tau...ada satu je dia letak kat penjuru kota tu...maybe special sket dari meriam lain kut...(nampak sangat malas baca info..;p)
Okey yang ni gambar terakhir sebelum keluar...bangunan ni adalah tempat simpan senjata untuk perang...
Dah habis pusing-pusing dalam kota ni, kami keluar jalan-jalan kat padang kota lama..ramai orang datang bawak family ambil angin kat situ..saya dengan husband cari kedai pasembur sebab orang kata pasembur kat sini sedap..so nak try lah jugak...
Yang itu kene tunggu entry seterusnya..hehe...=)
p/s- kena sambung buat keje plak......
welcome back and selamatberhoney moon...teman payah dah nak honeymoon nih...beg tangan(anak2) ade 2...
ReplyDeleteLeeAneem-time kasih..itulah,nanti kami dah ada anak pun mungkin dah susah kut nak honeymoon..
ReplyDelete