08 December 2010

Our Second Honeymoon-part 2-rumah P.Ramlee

Saya kat ofis sekarang..tapi cuba curi-curi masuk blog nak sambung citer honeymoon kami suami isteri..harap-harap takde orang nampak..hehe...

Okey..sambungan seterusnya saya start pada hari kedua kami di Penang...lepas subuh tak sambung tidor sebab perut dah lapor...bersiap then masuk kereta, bukak map besar-besar cari kedai makan...pasal makan nanti saya akan publish khas untuk entry makan ek..=)

Oh yer..saya booking bilik without bfast sebab tu tak bfast kat hotel...saja kami nak rasa suasana bfast pagi-pagi kat kedai Penang ni..chewah...


Lebih kurang pukul 10 pagi bersiap nak gi jalan-jalan..sempat lagi snap gambar kat lobi hotel..tak kisahlah orang nak pandang pun..hehe..


Tempat pertama yang saya tuju ialah rumah kelahiran P.Ramlee...kenapa? sebab bila saya tengok dalam map, rumah P.Ramlee ni mudah nak cari..lagipun excited nak pergi sebelum ni lagi..yelah...rumah lagenda tu..


Tada!! dah sampai dah..masa ni kat depan pintu gate...nampak tak tugu bertulis RUMAH P.RAMLEE...akhirnya tercapai jugak hasrat saya nak tengok sendiri depan mata...=)


Ini kat depan laman rumah...pihak pengurusan hias dengan macam-macam pokok bunga..cantik..



Sepatutnya tak boleh pegang basikal tu..tapi lepas snap gambar baru husband terbaca..hehe...basikal ni ada kat bawah rumah..bukan basikal asal p.ramlee..tapi dia tulis kat situ 'basikal seperti ini' yang digunakan oleh p.ramlee masa kat kampung... 



Masa ni plak kat depan tangga rumah..ramai yang duduk kat beranda tu sebab dengar citer sorang pakcik tu tentang p.ramlee..dia tu orang kampung situ..maybe dia kenal arwah kut...
 

Dah naik tangga jumpa ruang tamu...sejuk je bila masuk dalam..rumah ni memang rumah asal cuma dibaiki dan dibaik pulih sket supaya nampak lebih baru...tapi bentuk asal masih dikekalkan.. 

Tau tak saya berdiri kat mana? dalam bilik p.ramlee.. meja tu bukan meja asal tapi 'seperti meja asal'...


Tempat husband saya berdiri ni plak bahagian dapur...barang kat dapur bukan yang asal tapi lebih kurang mcm tulah kut keadaan asal dia...

Sebenarnya kan tak boleh snap gambar dalam rumah ni..tapi kitaorang tak tau...dah keluar rumah barulah terbaca kat pintu masuk..dah rezeki kami kut...sorry yer..hehe...

Sempat jugaklah saya snap dua keping gambar lama yang tergantung kat dalam rumah...gambar masa p.ramlee muda remaja zaman sekolah dulu...kalau pandai carilah yang mana satu p.ramlee....=)



Itu saja untuk entry kali ni..nanti saya sambung lagi untuk bahagian seterusnya...wink wink wink..;)

2 comments:

  1. selamat berbulan madu...wah tingat sewaktu mula2 kawin dulu..hihi...nway...i follow u

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...