07 December 2010

Our Second Honeymoon..Part 1

Entry sebelum ni saya ada sebut tentang anniversary kan...so kali ni saya nak citer lebih lanjut tentang anniversary tu...

Sebenarnya tarikh wedding anniversary saya ialah pada 12 December nanti..tapi memandangkan jadual kerja husband tak tetap..so kami decide pergi second honeymoon awal sket dari tarikh wedding sebenar...hehe...

Honeymoon kali ni saya tak pergi jauh pun..masih lagi cuti-cuti Malaysia..luar negara tu nanti dululah..belum tiba masanya lagi...bercuti dalam negara tak perlukan kos yang tinggi..betul tak?? okey..jom ikut saya bercuti di Penang...=)



Honeymoon saya bermula pada 27 Nov hari tu..saya gerak dari rumah lebih kurang pukul 6.30 pagi dari rumah...first time husband drive sendiri ke Utara..risau jugak sebab tak pernah guna highway ke sana...kalau ke Pantai Timur kami tau kat area mana jalan yang agak bahaya...

Masa ni dah sampai kat Penang..tengah beratur nak bayar tol masuk ke Jambatan Pulau Pinang...husband punyalah excited sebab dia tak pernah sampai lagi.."ambil gambar cepat yang.."..hehe..


Sampai kat 'pulau' lebih kurang pukul 11 pagi...terus masuk ba
ndar nak tengok jalan and cari hotel..mula-mula terkezut sangat sebab tak sangka dia punya bandar crowded giler..

Cari punya cari hotel tak jumpa...ish!!...dah bengang dah wey
..kata kat Georgetown, dekat dengan bandar..tapi bangunan hotel pun tak nampak lansung kat area bandar tu...agaknya laman web kat Malaysia ni suka bagi info palsu..

Kebetulan plak nak isi minyak..cari stesen minyak Petronas...satu bandar pusing tak jumpa gak...last-last keluar dari bandar cuba cari Petronas tapi tetap jumpa stesen minyak Shell..terpaksalah isi jugak walaupun berat hati nak campur-campur minyak ni..

Lepas dah isi minyak, search kat internet map ke Hotel Berjaya Penang...husband try call hotel nak confirm betul-betul area mana..rupa-rupanya kat Pulau Tikus...alahai..kenapa tak tulis awal-awal kat address hotel tu..takdelah kitaorang ni pening kepala...map yang dia bagi pun tak boleh pakai sebab tak betul...isk..isk..isk..nak nangis...

Akhirnya bila ikut jalan ke Pulau Tikus barulah nampak Hotel Berjaya...dalam internet nampak baru rupanya hotel ni hotel lama..isk..isk...pukul 2 tepat kami sampai kat hotel..nak check in satu bab plak..servis dia adalah LEMBAB..lepas tu ada plak adegan gaduh mulut customer tak puas hati tak dapat bilik yang diaorang nak...hampir setengah jam jugaklah saya beratur baru boleh check in...


Kita lupakan pasal isu tak best tu..jom ikut saya tengok bilik plak...=)


Bukak pintu terus nampak meja....

Masuk dalam lagi...jumpa ruang tamu...ada tv...:)

Jom kita masuk ke dalam lagi...ada bilik tidor...katil dia besar walaupun agak 'old school' tapi okeylah..tak teruk sangat...


Dalam bilik tidor pun ada tv jugak..=). betul-betul mengadap katil...sambil landing tu boleh tengok tv...


Dah habis tengok bilik, kita tengok bathroom plak....

So far keadaan bilik memuaskan hati saya..rate markah saya bagi 7/10....
Dah solat, baru turun cari kedai makan...perut dah lapo, dah bunyi mcm-mcm lagu dah..kat sebelah hotel ni ada shopping complex..hati dah riang berbunga sebab dah terbayang macam-macam ada kat dalam tu..sekali bila masuk tak seperti yang di bayangkan...

Takpelah pasal tu..yang penting nak cari kedai makan kat mana..kat dalam shopping complex tu memang takde kedai makan melayu..keluar kut ada kat luar pun takde jugak..pusing kanan, pusing kiri memang takde kedai makan halal...terpaksalah lunch kat KFC walaupun tak berapa nak boleh nak terima ..huhu...

Lepas makan, start kereta nak keluar pusing-pusing kat area bandar...sampai kat pertengahan jalan..hujan turun lebat sangat sampai husband nak drive tak nampak jalan..kat tepi jalan plak banyak pokok..risau jugak hujan-hujan ni takut tiba-tiba pokok tumbang...

So saya suruh husband parking kereta dulu tepi kedai...tunggu hujan reda....masa tu pun dah lewat petang dah...saya ubah fikiran...tak jadi jalan-jalan kat bandar tapi singgah kat Gurney Plaza..

Lebih kurang pukul 8.30 malam balik hotel..takde apa yang best pun hari pertama kat Penang..semuanya 'sakit kepala'...nak cari itu tak jumpa, nak cari ini tak jumpa...hehe..

Tunggu sambungan citer hari kedua plak....=)


No comments:

Post a Comment

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...