05 February 2013

Buaian Itu Tidak Perlu...

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak share cerita pasal buai...untuk pengetahuan semua, sejak Khasif lahir saya tak pernah bagi dia tidor dalam buai..sejak dia dalam perut lagi saya dah nekad saya takkan bagi anak tidor dalam buai..

Masa dalam pantang saya bagi dia tidor atas tilam..tak kira siang atau malam memang Khasif tido atas tilam..sekarang kat rumah sendiri, siang dia tidor atas tilam..malam dia tidor dalam cot..alhamdulillah Khasif boleh tido walaupun tilam dan cot tidak berayun...


Masa dalam pantang hari tu, ada yang datang ziarah sarankan saya bagi tido dalam buai..kata mereka baby lagi lena kalau tidor dalam buai...saya cuma senyum je..kalau saya keluarkan fakta nanti orang cakap saya ni berlagak pandai atau sombong dengan orang tua..taknaklah sampai orang anggap saya macam tu..

Biasanya makcik-makciklah yang suruh letak dalam buai...kita tak boleh salahkan mereka jugak..mereka cuma bercakap berdasarkan pengalaman dan tradisi yang mereka dapat dari nenek moyang dulu-dulu..bila semua ok, mereka anggap memang ok...tapi kita sebagai ibu yang berada di zaman moden ni, zaman canggih ni kena pandai cari maklumat..semua di hujung jari..tak cukup dalam internet, kedai buku banyak...

Masa saya start pregnant lagi, saya suka baca tentang  info pregnancy, tentang baby, penjagaan baby..apa yang boleh dan apa yang tak boleh? apa yang disarankan dan apa yang tidak disarankan oleh doktor? biarlah orang nak kata saya skema ikut buku teks pun tapi demi kesihatan dan keselamatan anak, saya cuba  sebaik mungkin..

Ramai yang ingat saya tak guna sebab takut nanti Khasif dah besar tak boleh tidor kalau takde buai..takut kalau gi mana susah dia nak tido...tidak..itu cuma sebab sampingan sahaja..cuma terfikir dalam kepala 10% sahaja..bukan sebab utama...

Fakta yang perlu anda semua tau..buaian adalah satu alat yang boleh menjadi punca kecederaan dan kerosakan pada otak bayi...penggunaan buaian untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan sindrome gegaran otak bayi dan sekaligus penyebab pendarahan pada otak bayi.


Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak. akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.

Henjutan buai yang perlahan tidaklah berbahaya..tapi henjutan ini akan menghasilkan pergerakan ke atas dan ke bawah seolah-olah seperti menggoyangkan bayi dalam tangan dengan kuat..akibatnya akan menghasilkan kecederaan yang sama.

Ayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk pada besi yang berada di bawah buai atau dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur 2 tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala adiknya sedang menghentak dinding.

Pernah berlaku di depan mata saya seorang kanak-kanak 10 tahun menghayun buai, tanpa sengaja kepala bayi berumur 8 bulan yang berada didalam buai ketika itu terhantuk pada besi...bayangkan kepala kita yang dah tua ni terhantuk mesti sakit apatah lagi bayi yang berumur bawah setahun...lepas dipujuk bayi tu berhenti menangis tapi kecederaan kat dalam kita tak tau...

Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring tali putus. ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur dan memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai..

Mungkin ada yang beranggapan, alah orang dulu-dulu anak 8-9 orang semua letak dalam buai takde apa pun..semua ok je...yelah, sebab tak berlaku depan mata kita anggap ok..cuba gi refer kat hospital kes kecederaan kepala bayi banyak mana...macam orang dah terbiasa bawak kereta laju jugak...rileks lah aku selalu bawak laju tak accident pun..bila dah berlaku, baru tau langit tu tinggi ke rendah...bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna...

Saya ni dahlah susah nak dapat seorang anak.. bila dah dapat ni, saya takkan sesekali meletakkan bayi saya  dalam apa jua keadaan yang berisiko untuk cedera...susah-susah kita mengandung 9 bulan, kita jaga dia sebaik mungkin masa dalam perut..tapi bila bayi kita lahir, kita sengaja letak dalam keadaan berisiko untuk cedera..ibu apakah itu? SO BERINGAT DAN BERWASPADALAH wahai para ibu.....jagalah bayi anda sebaik mungkin...

Tapi ada jugak kes para ibu terpaksa letak bayi dalam buai sejak bayi lahir..contohnya bayi menangis tak berhenti..bila dibagi susu pun menangis..tak boleh tidor..sampai ada ibu yang tak dapat tidor dan rehat lansung...then bila letak bayi dalam buai dia senyap..itu dikira NO CHOICE..terpaksa guna buai supaya bayi dapat tidor..apa boleh buat..cuma saya nak pesan
  1. sentiasa berwaspada bila hayun..jangan henjut kuat..
  2. jangan sesekali bagi pada kanak-kanak suruh hayun anak kita dalam buai..kalau apa-apa terjadi pada bayi kita, bukan kanak-kanak tu yang salah..tapi kita yang salah..
  3. bila bayi dah tak menangis, dah besar sket dalam 2 @ 3 bulan, cuba ajar baby tido tanpa buai..mula-mula memang susah tapi lama-lama baby akan faham..
Masa dalam pantang dulu memang saya akui letih sangat..setiap kali nak tidokan Khasif, kena dukung dan dakap dia..then dodoi dia sampai dia terlena...lepas tu baru boleh letak atas tilam...Tuhan je tau betapa sakitnya belakang masa tu...bila MIL tanya kenapa urut belakang, sakit ke? taklah..lenguh sket je mak...

Saya percaya sakit tu sekejap je asalkan baby selamat tido dalam dakapan...biarlah saya tanggung kesakitan tu asalkan baby selamat..ada yang pernah tegur, hai beratlah asyik kena dukung je kalau nak tido...orang kata susah-susah dulu, tapi senang kemudian..sekarang hasilnya saya dapat bayi yang mudah tidor walaupun sekadar di atas riba...


Itu saja saya nak share...thanks sebab sudi baca cerita yang panjang ini...(^__^)

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...