18 February 2013

Majlis Perkahwinan My Sis In Law-10 Feb 2013

Assalamualaikum..

Cuti Chinese New Year minggu lepas kami sekeluarga balik kampung sempena majlis perkahwinan SIL, Saa dan suami, Mr.Hasbullah..biasalah saya ni, update story lambat sket..takpe kan...hehe....

Sebenarnya hari Jumaat saya kena kerja full day sebab banyak sangat nak siapkan kerja...tapi situasi sekarang dah berbeza...dulu takde anak takpe nak travel bila-bila masa pun..sekarang ni semua kena fikir keadaan anak...lebih-lebih lagi Khasif masih kecil...kalau kami gerak hari sabtu, rasanya sangkut dalam jem tak taulah pukul bape sampai rumah..kesian plak kat Khasif..

So saya amik keputusan gerak tengahari Jumaat..terpaksa kerja separuh hari...berhenti kat genting sempah untuk lunch lebih kurang pukul 3 petang..masyaAllah ramainya orang..beratur nak order makan dekat 1 jam...nasib baik Khasif behave...

Masa kami lunch, Khasif duk diam je kat car seat dia...bila bawak masuk kereta, dia sambung tido....bangun kejap mintak susu..lepas tu tido balik...okey..adik memang kaki tido dalam kereta...

Kami suami isteri tak suka drive malam-malam kalau perjalanan yang jauh...lebih-lebih lagi bila ada baby ni..safety itu penting..so kami decide stay kat Hotel Seasons View Kuantan satu malam..pagi esoknya baru gerak balik ke Terengganu...tak perlu nak stay kat hotel berbintang-bintang, cuma nak rehatkan badan je pun...

Malamnya lepas mandi, keluar cari baju Khasif untuk majlis keesokan hari..saya tak sempat lansung nak cari sebab masa sangat terhad...lepas cari baju, gi makan lepas tu balik hotel tido..Khasif tido dengan lena...
Pagi sabtu, bersiap lepas tu turun breakfast...masa tengah breakfast, Khasif sambung tido atas riba ibu..
Masa ni dah siap breakfast dah..tunggu babah Khasif masuk toilet sebelum check out...boleh si kecik ni sambung tido lagi...siap tangan tongkat pipi lagi...babah cakap kepala adik dah jadi macam pasu bunga..hahaha...sindir ibu lah tu...biarlah...ibu suka topi bunga-bunga... (^_^)

Lepas check out, kami direct balik ke Terengganu tak stop mana-mana lagi dah...lebih kurang pukul 3 kut sampai rumah MIL..ramai yang dah ada termasuk sedara mara dan jiran tetangga tengah buat persiapan..

Malamnya berlansung majlis akad nikah pukul 9...tahniah Saa sebab dah jadi seorang isteri...wish you both the best of luck..hoping your life together will be rich in love...(*_*)

Tiga tahun dulu kami juga merasai pengalaman yang manis itu..(^_^). Khasif Aleesya adalah bukti cinta kami berdua...love both of you so much..Khasif and Babah...

Hari ahad majlis resepsi berlansung...terus terang saya katakan saya memang tak buat apa-apa cuma sekadar tolong memeriahkan suasana (walaupun mungkin ada yang tak sedar..huhuhu...)..dengan anak yang masih kecil saya memang tak mampu nak tolong..

Khasif yang asyik minum susu..lepas tu tido...hehe...

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari pengantin lelaki sampai....seperti biasa adat di sini, bila pengantin lelaki sampai..pengantin perempuan akan keluar dari rumah untuk sambut sang suami..keluar tak jauh pun cuma 5/6 langkah dari pintu rumah...

 Inilah dia pengantin baru kita...pengantin lelakinya pemalu...

Kami sekeluarga bersama pengantin baru...si kecik tunduk kebawah asyik tengok karpet purple...adoilah adik..spoil la gambar camni..

Kami bersama pengantin, mak, adik beradik dan anak buah husband...Khasif plak tengah tido...tiba-tiba rasa terasing plak dalam gambar tu...huhu

Alhamdulillah majlis bertemakan warna purple telah berlansung dengan meriah sekali...lepas ni tema warna apa plak yer Fahmi? (^_^)

Akhir kata dari Khasif Aleesya, saya dan husband
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAFURA DAN HASBULLAH
Semoga bahagia kekal hingga ke akhir hayat...

2 comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...